Monday, January 5, 2015

Susu Badan Tak Banyak?

Bismillah.

Assalmualaikum wbt

Sejak ada anak, saya dan kawan-kawan selalu berbincang mengenai perkembangan anak masing-masing. Membaca pengalaman orang lain, membaca nasihat-nasihat doktor, berjumpa dengan doktor, bertanyakan orang tua dan lain-lain. Semuanya didengari. Tapi bukan semua saya ambil pakai. Lain anak, lain caranya. Kali ini saya nak ceritakan, pengalaman menyusu badan. Tiada riak di hati, susu banyak atau sikit itu rezeki anak masing-masing. Apa yang penting adalah usaha. Tips membanyakkan susu dah banyak dalam internet, jadi saya tak akan sentuh sangat.

Selepas bersalin, diakui emosi sangatlah mudah tersentuh. Mudah terluka. Mudah menangis tambah-tambah lagi kalau anak sakit. Walaupun anak hanya sakit kuning, percaya tak itu pun boleh buat kita menangis.

Perjalanan menyusu sangatlah sukar pada awalnya. Kita letih, tak cukup tidur, luka bersalin masih sakit. Kena pantang makan, anak "gigit" puting ada sampai berdarah. Ada sampai tak boleh kena baju. Besar pengorbanan seorang ibu. 

Apa yang penting kita usaha dulu. Dalam 3 bulan pertama adalah sesi bersesuaian antara anak-ibu-ayah-keluarga-keadaan sekeliling. Ketika ini kita perlu banyak membaca, mendapat moral support terutamanya dari suami, berbual-bual dengan orang yang positif tentang penyusuan ibu dan lain-lain. 
Dari berat 2.2 kg. Sekarang nak masuk 6 bulan dah 8 kg. Alhamdulillah

Banyak Membaca

Penting untuk kita baca tentang penyusuan. Supaya kita bersemangat untuk menyusu sebab khasiat susu ibu sangat tinggi dan kita akan berusaha lebih keras. Baca pengalaman orang lain supaya kita tidak berasa kita seorang saja susu kurang, anak tak cukup susu dan lain. 


Moral Support dari Suami dan Keluarga

Moral support penting. Saya teringat ketika anak saya baru lahir. Susu tak banyak, pam dapat sikit. Ilmu tak ada. Anak kuning, gerak pun tak bagun. Apabila jumpa doktor, ternyata kuning sangat tinggi dengan size badannya (lahir week 36, berat 2.2 kg). Saya dinasihatkan untuk masukkan anak ke wad dan berada di bawah lampu. Bayangkan sedih sangat. Jumpa doktor, doc kata "Tak minum sangat kot.." Doc cakap habis lembut, saya terasa hati. Jumpa nurse, nurse cakap, "Susu tak banyak kot..." Terasa hati lagi, padahal itu dah memang fakta susu tak banyak. Redha saja anak masuk wad. Saya balik rumah pam susu, setiap dua jam. Dapat tak sampai 2 oz. Menangis lagi.. Suami pujuk janganlah bersedih. Jangan stress. Makin stress nanti susu lagi tak banyak. Setiap hari ulang alik hosp, pam susu.. tak banyak pun. Satu bag saja. Sampai nurse kata, "Ini saja puan?" Haih.. Menangis lagi. Sebab aku kah anak masuk wad? Sampai kat wad nak menyusukan anak, menangis lah dalam wad.

Jangan risau sangat puan-puan yang baca. Anak sulong pula, kita kena usaha.. Anak sakit itu ujian bagi kita untuk jadi lebih matang. Masa anak sakit memang sedih, tapi bila dah sihat, kita akan seronok berkongsi pengalaman dengan kawan-kawan kita yang lain. Selamat menangis dalam wad. Hehehe. Lepaskan saja air mata jangan ditahan-tahan :P


Kalau boleh ahli keluarga jangan tanya sangat, "susu tak ada ke?" "Susu tak banyak ke?" Sebab ibu baru bersalin memang sangat sensitif. Bagilah moral support baik-baik. Cakap baik-baik. 


Bayi Menyusu Lama?

Pengalaman saya dan beberapa kawan yang lain, ya. Pada awal-awal baby menyusu lama. Seingat saya sampai 2 jam pun pernah. Masa tu pula kecil lagi saya tak berani menyusu sambil baring. Memang penat sangat dan ketika itu bayi bangun kerap kali untuk menyusu dan tukar pampers. 

Bila baby bangun, saya akan tukar pampers dulu supaya dia lebih selesa untuk menyusu. Menyusu lama.. Kadang-kadang ambil masa sampai sejam. Nak sendawakan dia lagi, bila sendawakan bangun pula jadi kena ambil masa untuk dodoikan anak pula. Penat kan? Sangat penat, tapi fikirlah inilah cara untuk kita mendapat pahala. Kenapa Rasulullah saw berpesan suruh kita buat baik pada ibu? Sebab pengorbanannya besar dan jalan mendapat syurga itu mahal. Jadi bersabar ye. Tiga bulan pertama saja insyallah selepas itu okey ;)


Terima kasih suami dan keluarga yang banyak menyokong!


Semoga berjaya. Insyallah hasil berbaloi dengan izin Allah. Kalau tak dapat juga doa banyak-banyak mungkin Allah nak bagi rezeki lain kat kita. Bersangka baik pada Tuhan <3





Assalamualaikum

Alhamdulillah, semakin mendapat sambutan.


Kami menyediakan pembekam wanita dan lelaki ke rumah anda


Bagi bekam wanita, anda boleh juga datang ke tempat kami di Prima Damansara





Bekam Wanita

Anda boleh bekam di rumah anda atau datang tempat kami

Dalam satu pakej kami mengandungi:
1. Urutan asas 15 minit
2. Bekam luncur
3. Bekam darah

Kenapa perlu bekam?

Rawatan bekam dipercayai untuk:
  • ·         Mengeluarkan bahan toksin dan cecair berlebihan
  • ·         Melonggarkan tisu-tisu yang melekat
  • ·         Mempertingkatakn pengaliran darah
  • ·         Merangsang sistem saraf periferi dan lain-lain

Bekam juga merupakan sunnah Rasulullah saw : )

Pembekam adalah wanita yang berpengalaman lebih 3 tahun. Kebersihan dan aurat customer adalah diutamakan

Setiap cup bekam dan peralatan lain dibasuh, disteril dan disimpan dalam kotak yang tertutup

Jarum dan pisau cukur adalah pakai buang

Mahu bekam di kepala tanpa cukur? Ya, kami menyediakan perkhidmatan tersebut juga 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Persediaan sebelum bekam:
  •     Puasa makan sekurang-kurangnya sejam sebelum makan. Minum air dibolehkan
  •     Pastikan anda tidak mengandung
  •     Pastikan anda tidak menderma darah dalam masa terdekat
  •     Tidak mengambil ubat cair darah
  •     Tidak terlalu lemah badan/ terlalu tak sihat
  •     Tidak mempunyai penyakit kronik seperti HIV/ Kencing manis


Berminat nak bekam? Anda boleh hubungi Tasneem 013-3324398 untuk temujanji ^_^

** Berkhidmat pada masyarakat**


P/S: Saya jarang ambil gambar orang, sebab aurat. Kalau ambil pun hanya hantar kepada customer tersebut dan delete ;)


Terima kasih