Tuesday, May 22, 2012

Apakah Kayu Ukur Kejayaan Seseorang?

"Bukan aku tak nak sambung belajar, tapi kau sendiri boleh tengok kenapa aku tak dapat sambung. Adik beradik aku ramai. Mak ayah aku dah uzur. Kerja biasa-biasa saja. Adik-adik aku perlukan aku untuk support mereka. Sebab itu terpaksa aku kerja ni." 


"Aku mungkin akan sambung belajar. Tapi biarlah aku stable dulu sikit. Sekurang-kurangnya biar lepas adik-adik aku sekolah. Kau doakanlah aku."

"Babe, bodoh sangat ke aku.. Sampai ada orang yang menghina aku sebab aku tak belajar tinggi macam korang?"

Aku senyap. Tersentap dan terpukul dengan soalan beliau. Aduhai.. Sepatutnya bila kita belajar tinggi, ego kita makin tunduk. Tapi terbaliklah pula dunia sekarang!


Begitulah nasib seorang kawan sekolah aku. Impiannya untuk sambung belajar harus digadaikan buat sementara  untuk tanggungjawab yang lebih besar. Dia seorang yang solehah. Taat pada mak ayah dan sangat bertanggungjawab. 


Aku yakin, ramai yang senasib dengannya. Bukan mereka tidak mahu kehidupan yang lebih baik. Tipulah siapa tak nak kehidupan yang lebih baik. Belajar sesuatu bukan bererti kena masuk IPT. Tidak semestinya ambil diploma, ijazah mahupun PHD. Seandainya kita tidak memandang ilmu itu perlu dijamin dengan sekeping sijil, nescaya kita akan saling hormat menghormati kerana ilmu yang masing-masing ada.


Ilmu Allah SWT itu luas. Seandainya semua jenis lautan menjadi dakwat untuk menulis ilmu-ilmu Allah, tidak akan mampu habis menulis ilmu-ilmu itu!


Sekiranya kejayaan seseorang diukur dengan sekeping sijil, pastilah orang yang tak sambung belajar tak akan berjaya! Tipulah, aku tengok ramai yang mampu berjaya tanpa sekeping sijil.


Kejayaan kita kadang-kala tidak perlu sangat kongsi dengan orang. Jika untuk diambil ikhtibar, mungkin itu dibolehkan. Namun, seandainya ia untuk menunjuk-nunjuk, lebih baik kita diam saja.


Beza antara orang yang berjaya dan tidak.

Aku lihat ramai orang yang berjaya, majoritinya akan bercakap tentang kejayaan mereka bila perlu. Sebaliknya orang yang berjaya olok-olok, akan sentiasa ceritakan kejayaan dia yang dulu-dulu.


Bagi aku sebuah kejayaan bukan letak pada apakah pencapaiannya. Tapi lebih kepada ketenangan hati. Bayangkan sepasang ibubapa yang kaya raya, tetapi mempunyai anak-anak yang tidak boleh pakai dan sepasang ibubapa yang sederhana, namun anak-anak yang mampu menjadi penyejuk mata dan hati.. Siapakah sebenar lagi berjaya.


Rumahtangga Rasulullah SAW menjadi contoh pada ummat manusia dari masa baginda masih hidup sehingga pada hari ini. Kejayaan keluarga Rasulullah SAW dilihat bagaimana harmoni sesebuah rumah tersebut. Rasulullah SAW tiada banglo atau apa-apa yang melambangkan kekayaan duniawi, hanya kerendahan hati dan kegembiraan di antara mereka sahaja menjadi kayu ukur kejayaan sehingga ramai orang cemburu melihat mereka.


Semua kejayaan itu lebih kepada pencapai ketenangan hati.. Itulah sebenarnya kejayaan yang hakiki. Kejayaan dunia dilihat pada harta benda yang banyak sedangkan pada dasar hati berada dalam keadaan resah dan gelisah.


Siapalah kita untuk heboh-hebohkan sangat kejayaan sekiranya kita sentiasa ingat, Allah boleh tarik bila-bila sahaja nikmat kejayaan kita.


Dimanakah letaknya kejayaan kita sebenar? Di hati atau di harta kekayaan?




Saturday, January 14, 2012

24 Jam dan Ilmu

Teringat panggilan seorang sahabat kelmarin, menyatakan hasratnya untuk memberi job pada saya. Memang saya berminat dengan job tersebut. Namun, sedikit rasa sangat penat (mungkin sebab dah mula nak demam, badan sangat penat). Kata saya, kalau bulan ni macam tak sempat. Saya sedikit kesuntukan masa.

Alasan yang sangat bosan. 


Katanya, semua orang mempunyai masa 24 jam. Hanya kita saja yang akan menentukan 24 jam tersebut. Kita selalunya mengeluh tak cukup masa. Ya, benar sekali sedangkan dalam dunia ini semua orang mempunyai masa 24 jam dengan pencapaian yang berbeza-beza. Ada yang berjaya menggunakan 24 jam tersebut dengan baik sekali dan ada juga yang gagal.

Ketika saya masih di alam universiti, saya fikir masa kerja nanti akan lebih relax. Tiada assignment yang perlu disiapkan. Tak perlu ke kelas dan persatuan. Hanya 8 jam ke ofis, balik rumah dan terus tidur. Pemikiran saya salah. Jauh berbeza zaman universiti dan alam pekerjaan. Apabila masuk alam kerja, komitmen terhadap banyak perkara makin bertambah. Umur bertambah, tahap pemikiran juga semakin meningkat. Tiada zon selesa yang boleh duduk diam lama-lama. Apabila kerja juga, otak mula fikir macam-macam untuk tingkatkan pencapaian dalam kehidupan. Ingin belajar, cari rezeki lebih, beli apa-apa yang patut, rumah, kereta, kahwin dan macam-macam lagi. 


Menyesal

Terasa menyesal apabila renung balik masa yang telah disia-siakan zaman belajar dulu. Alam universitilah segala-galanya relax (bagi saya dan sesetengah pihak sahaja, bukan semua). Masa banyak dihabiskan dengan aktiviti tidak berfaedah. Untuk sentuh buku dan study hanya amalan bermusim saja. Berjaga sampai tak tidur hanya apabila dead-line (bukan dateline) mengejar. Semuanya dilakukan last minit. Namun, sedikit bersyukur kerana masih diberi peluang untuk aktif dalam persatuan-persatuan walaupun tak banyak. Dengan pengalaman yang ada, banyak membantu saya dalam alam bekerja. 


Demi Masa

Setiap kali habis meeting kita akan akhiri dengan tasbih kifarah dan surah al-Asr. Kenapa surah al-Asr? Adakah kita memahami dan menghayati surah ini setiap kali baca? Maksud surah, "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." Pernahkah fikir kenapa Allah turunkan surah ini sebagai peringatan pada kita? 

Senario yang berlaku setiap kali peperiksaan dan assignment. Dari awal pengajian sehingga akhir, kebanyakan kita akan hanya baca buku dan buat kerja apabila dah hampir masa sahaja. Kesannya kerja kita sekadar "asalkan siap" , tak efektif dan banyak kesalahan. 

Masa sia-sia kita banyak dihabiskan pada zaman muda. Sedangkan zaman mudalah sepatutnya gunakan masa dengan sebaik-baiknya. Tidak semestinya seseorang itu akan berjaya apabila dia sudah berumur. Lihatlah pada pencapaian Sultan Al-Fateh yang mampu menaluki Kota Konstantinople pada umur 21 tahun (kalau saya tak silap). Sungguh saya kagum dengan pencapaian beliau dan apabila dibandingkan dengan diri ini seperti belakang dan depan tangan. Pencapaian saya "zero"


Pesanan 

Pesanan ini adalah pesanan pada diri saya sekiranya saya mampu putar balik waktu yang telah disia-siakan dan sahabat-sahabat yang lain. Semasa belajar, manfaatkan masa dengan betul. Tingkatkan skill dalam diri kita semua. Caranya macam mana? Caranya banyak iaitu formal dan tidak formal. Tapi saya lebih suka pada tidak formal supaya kita tak rasa berat sangat nak belajar. 

Ilmu perlu ditingkatkan dari masa ke semasa. Mungkin bukan ilmu dalam kelas tapi ilmu luar kelas seperti baca outsources book, join mana-mana program, aktifkan diri dalam persatuan, perbanyakkan bercakap dan berkongsi pengalaman dengan orang yang sudah bekerja dan berjaya. Banyak ilmu yang kita perlu belajar sebenarnya. Contoh seperti ilmu adobe photoshop, jalan raya di sekitar tempat anda, harga barang-barang seperti perabot, jenis-jenis kayu yang sesuai. Cat-cat rumah yang cantik dan murah, tempat-tempat menarik untuk melancong, buku-buku yang best seller dan sebagainya. 

Apabila keluar jalan-jalan dengan kawan, jangan melihat berjalan itu sekadar membuang masa. Kita boleh jadikan dengan aktiviti "lepak" itu sebagai aktiviti yang bermanfaat, hanya kita saja yang perlu kreatif masukkan input dalam aktiviti kita. Contoh seperti aktiviti duduk di tempat orang ramai. Cuba lihat gelagat manusia dan kaitkan dengan apa yang telah diajar oleh Allah dan Rasulullah. Tidak banyak mungkin kita dapat tapi insya Allah sedikit pun dah bermanfaat. Manfaat pada masa yang dihabiskan untuk berfikir dan juga tambah ilmu serta keinsafan dalam diri. 

Akhir kata

Apa-apa pun, selalu tingkatkan ilmu dalam diri kita. Yang sesuai dengan keadaan dan masa. Saya teringat kata-kata sahabat saya, Kakak Ummu Solehah dalam blognya, "Seorang posmen baca buku mengenai hukum hidraulik & termodinamik, seorang hakim baca kitab perubatan ibnu sina, seorang arkitek baca kitab perundangan, seorang doktor menyelidiki ilmu geologi, atau mungkin... seorang ustazah belajar tentang ilmu pegemudian pesawat! ™"


:)

Semoga bermanfaat. Wallahualam



Wednesday, December 28, 2011

Ada Bezanya

Ini kisah dulu-dulu.

Grad nanti nak kerja apa? Tanya seorang pakcik.

"Apa-apa kerja yang berkaitan dengan kebajikan. Dapat menolong orang yang penting Islamik." Jawab saya.

"Kerjalah dulu kat syarikat besar-besar. Kumpul duit banyak-banyak dulu. Nanti boleh tolong orang. Kerja kebajikan ni duit tak banyak!" Kata pakcik itu.

Saya diam. Malas nak berkata-kata lagi. Bukan dia faham saya. Kebahagiaan sebenar bagi saya ialah apabila dapat peluang menolong orang. Duit tak banyak gila pun, hati saya tenang. Itu dah cukup. 

Kata-kata dalam sebuah buku, nak bahagiakan diri sendiri kena bahagiakan orang lain dulu. 

Sama seperti suasana Islamik. Orang selalu kata, sama je semua orang. Yang pakai kopiah, tudung labuh pun sama juga perangai dengan yang tak pakai. Tiada beza antara mereka. Hanya hipokrit semata-mata.

Ya, benar. Mungkin mereka tak sebaik yang kita sangkakan. Tapi apabila berada dalam suasana itu semua orang akan berusaha untuk elak maksiat. Jaga aurat. Jaga pergaulan walaupun kat luar mereka tidak seperti itu. Mungkin jua nampak hipokrit tapi sekurang-kurangnya takde sangatlah perkara maksiat.

Berbeza dengan yang bukan Islamik. Saya dah biasa berada dalam dua suasana ini. Berbeza. Jauh berbeza. Ketenangan hati pasti berbeza juga.

Mendamping mereka yang ada ilmu, jaga solat, jaga halal haram juga akan mendapat ketenangan hati.

Sentiasalah berdoa. Hari ini Allah telah makbulkan doa saya. Setiap kali solat, saya akan doa "Ya Allah, kurniakan sahabat yang baik pada ku, orang-orang yang baik pada ku agar mereka sentiasa menjadi peringat ku pada Mu."

Sahabat-sahabat yang baik merupakan satu anugerah. Percayalah. 

Wednesday, December 21, 2011

Perniagaan, BERKAT.

Sebelum makan, saya berdoa

"Ya Allah! Berkatilah nasi kami, ikan masak lemak kami, berkatilah sayur-sayur kami dan berkatilah air kami! Ameen"

Seorang kakak mencelah, "Dan berkatilah orang yang masak ini!"

Seorang lagi mencelah, "Dan berkatilah mereka yang belanja kami...!" 

Ameen.

Masya Allah. Orang buat baik dibalas dengan doa. Semoga semuanya berkat.

Kat office saya ni, hari-hari makan free. Dan orang yang masak untuk kami selalunya akan masak lebih. Boleh dikatakan beliau memang bagi orang makan. Walaupun kami ada "limited budget". Limited mana pun lauk tetap banyak, macam biasa.

Dan makannya memang sedap. Fresh. Belum ada lagi kami frust dengan masakan dia. Alhamdulillah. Selalunya kami akan puji-puji sebab sedap dan tak kedekut.


*********************

Kalau makanan yang tak ok pula macam mana?

"Tak sedap la."

"Tak fresh. Frust gila lah makan kat ini."

"Haih! Main masak cincang-cincang je. This is the first and the last time!"

Macam-macam kena kutuk pula. Dan akhirnya tak ramai yang akan makan. 


*********************

Ramai yang business kerana Allah dan juga ramai kerana semata-mata nak keuntungan tanpa sedar seandainya berbusiness untuk orang, untuk selesaikan masalah orang, untuk beribadat, barangnya halal, bersih, tak terlalu mahal, ikut kesusuaian modal kita dan ikhlas itu hasilnya tidak sama dengan perniagaan yang mengaut untung semata-mata.

Tanpa kita sedar, seandainya business itu baik kita akan dapat:

1. Doa yang baik dari pelanggan
2. Pelanggan tak hilang
3. Perniagaan diberkati
4. Orang puas hati
5. Rezeki semakin bertambah

*********************

Tapi apa-apa pun, sekiranya makan elakkanlah kita dari mengutuk makanan tersebut. Senyap saja sekiranya tak sedap. 

Apa-apa pun, berusahalah kita untuk mendapatkan keberkatan. Untungnya bukan hanya dunia, tapi juga akhirat.

Semoga ini dapat mengingatkan diri saya dan juga sahabat-sahabat.

Jangan lupa berdoa. Berdoalah selalu. Doa itu senjata bagi orang-orang yang beriman.

With love. 



Monday, December 19, 2011

Kadang-kadang

Kadang-kadang kita suka mengeluh. Tanpa sedari. Mungkin? Atau sedar tapi masih ingin mengeluh.



Kadang-kadang kita lebih bernasib baik dari sesetengah orang. Kita tahu tapi kita masih mengeluh.


**********

Tapi saya rasa bukannya kadang-kadang, sebaliknya sebahagian besar kita seperti itu. Kita lupa. Lupa akan nikmat Tuhan yang begitu banyak. Kita hanya bersyukur apabila sesuatu perkara yang kita nak dimakbul Tuhan.

Hari ini ada orang datang buat kerja kat office. Orang Bangladesh. Mukanya suci bersih. Tapi apabila disebut Bangla, kerja pasang-pasang cermin ke, buat bangunan ke mesti orang susah. Walaupun kita akan kata bila dia balik ke negara asal dia, dia kaya.

Ya, dia kaya di negara asal dia. Tapi dengan hanya beberapa ringgit untuk sejam kerja. Mungkin RM10 sejam, kerja penat dan sebagainya. Kos sara hidup yang sedikit tinggi pula macam mana?

Saya pernah tengok orang Bangla makan. Nasi kosong dengan telur dadar separuh keping (sebiji telur dibahagikan pada dua) dan kicap. Agak-agaknya tak sampai pun RM2 dia makan. 

Kita makan nasi macam-macam. Itu pun kalau tak sedap, macam-macam pula dikutuk. 

Saya:        Bestnya kalau dapat kereta BMW tu. Fuh!
Sahabat:    You nih, tak baiklah! Syukurlah dengan apa yang ada.
Saya:         "Sentap"

Berbalik pada orang Bangladesh tadi, saya ternampak kopiah kat poket baju dia. Saya tersenyum sendiri. Nampak saja macam tu, tapi saya yakin dia bukan jenis orang yang meninggalkan solat.


Saya buat kerja macam biasa. Dia datang dekat, bagi salam "Assalamualaikum!" sambil tanya soalan.

Baik sungguh akhlak beliau. Mulakan percakapan dengan memberi salam. Patut dicontohi. 

Hmm. Kadang-kadang kita anggap diri kita berpelajaran tinggi, kerjaya besar, kereta besar dan semuanya besar-besar dan kita anggap diri kita "ok" sehingga merendahkan orang lain kerana tiadalah perkara "besar-besar" pada orang tersebut.

Tanda kita bersyukurkah semua ini?

************

Satu lagi kisah yang sampai hari ini saya fikir. Tentang gaji. Bagi saya gaji yang dapat sekarang dah besar jika dibandingkan pada sesetengah orang. Tapi kadang-kadang macam tak cukup. Er, mungkin sebab bazir. Atau mungkin juga bulan ni sebab saya pindah rumah, banyak duit dihabiskan.

Saya respek mereka yang gaji lebih kurang saja dengan saya. Tapi tanggungjawab jauh berbeza dengan saya. Seorang sahabat saya, bulan depan nak kahwin. Gaji dia lebih kurang saja dari saya. 

Ada seorang lagi, gaji tinggi sikit je dari saya. Tapi ada anak tiga orang..

Sedangkan saya seorang ni rasa macam ada-ada saja tak cukup. Aduh, kenapalah jadi gitu..


****************

Kita selalu merasakan rezeki itu sempit. Ya, memang sempit sekiranya rezeki itu ditafsirkan dalam minda yang sempit. Bukankah mampu bagun pagi itu satu rezeki yang besar. Masih diberikan peluang untuk melihat itu juga rezeki. Dikurniakan sahabat yang baik itu juga rezeki.

Kenapa kita masih tak bersyukur?

Kenapa kita kedekut sangat nak kongsikan rezeki walaupun dengan senyuman?

Masih tidak bersyukurkah kita?


Moga bermanfaat. 




P/s: Gambar kredit to Nukman Muqarrin


Wednesday, December 14, 2011

Kasih Sayang Seorang, AYAH.

Saya tak pasti "ke-erat-an" hubungan antara saya dan ayah sebenarnya macam mana. Sekali lagi saya akan gunakan alasan sebab saya duduk jauh dengan keluarga, saya tak berapa rapat sangat.

Ayah dan ibu saya seorang yang melepaskan saya buat keputusan sendiri. Walau bagaimanapun, kadang-kala saya akan minta nasihat dari mereka jua sekiranya perkara itu besar dan sekiranya ia perlu.

Ayah saya seorang yang baik, suka menolong orang walaupun panas baran. Dulu-dulu sangat panas baran tapi kebelakangan ni selepas beliau menunaikan haji dan umur semakin bertambah, beliau dah jadi semakin penyabar. Dia adalah "hak milik" masyarakat. Saya tak pernah terasa hati sekiranya ayah jarang sangat datang Malaysia untuk melawat saya (pernah sekali saja rasa, masa tu kat Kelantan). Tak pernah terasa sedikit pun ketika konvo ayah tak dapat datang. Sebab saya tahu, masih ramai lagi memerlukan ayah saya di kampung.

Tapi ayah juga seorang yang "romantik". Kalau tengah basuh pinggan, dia lalu dan dia akan berhenti dekat kami anak-anak, dikucup dahinya sebagai tanda kasih sayang. Romantik kan ayah saya? Sungguh saya rindukan kucupan ayah itu.

Ayah tak belajar tinggi macam orang lain. Biasa-biasa saja. Hidupnya banyak belajar dari pengalaman. Pengalaman tersebut diajarkan pada kami anak-anak supaya tak mengulangi kesilapan tersebut. Ayah juga selalu ingatkan kami agar sentiasa buat baik dan berbakti pada orang. Jangan berhenti memberi.

Kata ayah lagi, "Buat baik tiada di pasaran, kalau mahu, lakukannya sendiri."


*************

Itu kisah ayah saya, mungkin berbeza dengan seorang "ayah" pada seseorang.

Ketika itu saya tunggu sahabat saya dalam kereta. Beliau ke bank untuk ambil duit. Tengah asyik melayan ayat Quran sambil main hp, seorang bapa datang tepi kereta. Terkejut, tiba-tiba saja beliau muncul.

Saya buka pintu tanpa ragu-ragu lalu beliau merendahkan diri dan duduk untuk cakap dengan saya. Saya tak suka, tak diajar duduk lebih tinggi dari orang tua.. Beliau seorang yang sudah berumur, mungkin dalam 60-an. Jual keropok. Saya sudah dapat agak yang pakcik ini datang dari Selatan Thai. Tekaan saya tepat.

Saya minta beliau bagun, tapi kata beliau "Takpo, pokcik yang cari cikgu." 

Tapi saya minta beliau bagun juga dan akhirnya beliau bagun. 

Katanya jual keropok ini untuk anaknya di pondok yang belajar agama. Saya dapat lihat keikhlasannya. Saya sebenarnya tak suka tengok ayah atau ibu jual macam tu. Terbayang sekiranya ayah dan ibu saya buat kerja sedemikian untuk menyara anak-anak. Penat. Angkat barang berat, berjalan merata dan tebalkan muka untuk mendapatkan hasil jualan. Panas sehingga berbau badan..

Saya tak kaya untuk beli semua keropok beliau, satu saja saya beli untuk membantu. Bila saya beli, beliau ucapan Alhamdulillah berkali-kali. Berterima kasih pada saya kerana tolong..

Paling saya sebak, beliau mendoakan saya. Beliau panggil saya cikgu, mungkin sebab gaya pakaian saya seperti seorang cikgu. 

Katanya loghat Kelate (nasib baiklah membesar di Kelate, saya faham apa yang beliau sampaikan)

"Cikgu jaga diri deh. Duk tempat orang lain ni, orang jahat ramai. Pintu-pintu kereta kena selalu kunci. Banyak ingatkan Allah!"


*************

Itu kisah ayah saya dan ayah orang lain. Masing-masing mempunyai keistimewaan sendiri. Hanya sejauh mana kita menghargai mereka.

Saya suka bila dengar orang-orang menjawab "Ya, mak." atau "Ya, ayah" daripada "Apa dia..." atau "Haih.." apabila ayah dan ibu panggil.

Lihatlah keistimewaan ayah anda. Mungkin beliau kurang bercakap atau tunjukkan kasih sayang mereka terhadap kita. Tapi saya yakin, setiap ayah pasti sayangkan anak-anaknya.

Lakukan perkara kecil-kecil sekiranya mampu. Bila ayah balik rumah, segera sediakan air untuk beliau. Urut-urut kaki, tolong buang stokin dan sebagainya. Insya Allah, sejuk hati ayah. 

Kita mungkin tak mampu buat perkara baik sentiasa. Tak mampu sentiasa sejukkan hati ayah. Tapi biarlah perkara kecil-kecil seperti itu menjadi "top-up" kasih sayang kita terhadap ayah. 

Mampu bukan? Selamat mencuba. 



Wednesday, December 7, 2011

Benarkah kita sudah berkorban?

Tadi saya bersama sahabat-sahabat ke Kampung Kubu Gajah 16 untuk Majlis Sambutan Hari Assyura dan Maal Hijrah. 60% peserta dalam program adalah kanak-kanak sekolah rendah dan awal sekolah menengah. Dato' Haji Mohammad Zakaria yang memberikan ceramah. 

Dalam ceramah yang disampaikan, beliau mengisahkan beberapa sirah para nabi. Secara ringkasnya ialah penghijrahan kaum Muhajirin ke Madinah dan pengorbanan kaum Ansar terhadap rombongan Rasulullah SAW. Pengorbanan Kaum Ansar sangat besar sehingga buatkan saya terfikir, adakah kita mampu lakukan sedemikian? Mampu memberikan harta benda pada mereka yang berhijrah, mampu menceraikan salah seorang isteri untuk berkhidmat pada suaminya yang dari kaum Muhajirin dan lain-lain demi sebuah ukhwah Islamiah?

Saya tidak pasti adakah anak-anak dalam majlis tersebut faham atau tidak maksud sebuah pengorbanan yang disampaikan oleh ustaz. 

Selepas habis ceramah, seterusnya sesi penyampaian hadiah. Hadiah diberikan pada mereka-mereka yang terlibat dalam pertandingan melukis dan mewarna. Seorang anak kecil, jangkaan saya dalam umur 4 tahun seronok tengok abang-abang dan kakak-kakak sekampung dengannya dapat hadiah. Dengan penuh harapan dia akan dapat hadiah seperti mereka sambil "menari" comel. Saya ada ambil gambarnya tapi dengan kamera orang lain. 

Ternyata dia tak dapat hadiah tersebut. Dia sangat teruja sehingga berdiri di tempat orang ambil hadiah menunggu gilirannya. Saya hanya perhati gerak geri anak tersebut. Sehinggalah apabila sesi penyampaian hadiah dah habis, dia seolah-olah kecewa, "kenapa saya tak dapat hadiah seperti mereka?"

Kejadian ini menyebabkan dia bertindak "ganas" (secara kanak-kanak). Sesiapa yang memegang hadiah akan jadi mangsa. Beliau akan pergi tarik-tarik dan menagis untuk memiliki hadiah tersebut.

Saya hanya perhati. Sekiranya "pengorbanan" itu betul-betul diserapkan dalam jiwa anak-anak itu, pasti akan ada seorang yang "mengorbankan" hadiah untuk adik tersebut.

Malangnya tiada. Namun, adik itu berjaya "merampas" hadiah dari seorang abang bernama Soleh. Tidak pasti pula Soleh dapat hadiah number berapa. Namun saya yakin, Soleh pasti sedih dan tak sabar nak buka hadiah yang diberikan. 

Saya yang pujuk Soleh. Tapi tak dapat lama... Saya kata, kita bagi adik hadiah tu. Esok kita beli hadiah yang baru, ye? Soleh seperti pasrah. Melepaskan hadiah itu dengan raut wajah yang sedih namun dia ok dengan perjanjian saya. Semoga akhlak mu sebaik nama mu wahai Soleh!

Sebuah pengorbanan perlu didik dari kecil. Mengajar anak-anak untuk mengutamakan orang lain seperti adik utamakan kakak dan kakak utamakan adik. Dalam situasi ini mengajar mereka untuk lebih bersabar dalam berurusan dengan orang lain kerana yakin yang dalam setiap rundingan perlu ada "gives and takes"

Jika dalam bahasa Thai, perkataan korban banyak digunakan. Dalam keluarga mahupun masyarakat dan kawan-kawan. Kakak korbankan nasi itu untuk adik dan adik korbankan nasi itu untuk kakak. Akhirnya semua orang saling mengorbankan hak masing-masing demi mencapai kesejahteraan dan menambahkan kasih sayang antara kita. Itu yang mak dan ayah sentiasa tekankan. Sampai sekarang, alhamdulillah. Tiada gaduhan antara kami adik beradik sebab semua orang saling "berkorban"

Apa yang penting ialah, ikhlas dan tiada ungkitan selepas pengorbanan tersebut dilakukan.

Sudah berkorbankah kita? Bermulalah pada diri sendiri dan kemudian ajak ahli keluarga kita sama-sama berkorban walau sekecil-kecil perkara. Mari muhasabah diri.