Monday, March 23, 2015

Sambung/ Renew Visa Kahwin

Bismllah

Baiklah setelah setahun maka tamatlah visa kahwin/ spouse visa saya. Jadi saya kena renew.

Ceritanya, 

Visa expired 18 Mac 2015
Passport expired 7 July 2015

Lebih kurang macam tu. Maksudnya tak lama lagi passport saya akan expired. Jadi saya pun renew passport dulu. Saya ke Kedutaan Thailand di Ampang. Sebaik-sebaiknya, kalau passport valid tak sampai setahun, lebih baik renew dulu. Tak payah pergi apply visa banyak kal. 

Tips untuk renew passport :  Fotostat siap-siap muka surat paling depan dan visa yang sedia ada. Tak pasti embassy negara lain macam mana kalau Thai tak ada tempat fotostat, kena keluar jauh pula siap kena lintas jalan bahaya aja. Dan paling penting boleh jimat masa.

Ok, saya tanya kawan orang Singapore, masa untuk buat passport di Embassy akan ambil masa sebulan. Kalau Thai paling cepat 3 minggu kalau tidak sebulan. Jadi kena renew cepat-cepat passport, at least dua bulan sebelum tamat tempoh visa.

Lepas saya buat passport, saya ke Immigration Jalan Duta, Masyallah ramai sangat orang. Saya ke saya hanya untuk minta borang. Anyway, saya proceed visa masih di tempat yang sama iaitu Shah Alam. Ke Jalan Duta just ambil borang sahaja.

Saya suka kaedah pergi ambil borang terus. Sebab berdasarkan pengalaman, borang-borang dalam internet tak sama dengan borang yang diberi direct oleh Immigration. Satu lagi, ke sana anda boleh terus tanya pegawai di sana jika ada sebarang kemuskilan.

Renew visa kali ini tak banyak songeh. Ada 3 borang saja. Isi pun senang tak susah macam yang nak apply dulu-dulu. Alhamdulillah. Dan ambil masa dua hari saja.

Tips untuk renew visa:

1. Pergi immigration seawal mungkin. Kalau boleh sebelum pukul 8 pagi kena berada di sana. Sebab memang ramai sangat orang beratur. No giliran boleh sampai beratus orang. Kami bangun lambat sebab anak tiba-tiba demam tengah malam, pukul 9 lebih baru sampai immigration. Believe it or not, dalam pukul 3 petang baru selesai.. Urusan tak sampai 10 minit, tapi menunggu tu lamaaaaa.

2. Sediakan borang siap-siap. Saya ada cakap dengan seseorang di sana, beliau juga nak renew visa. Katanya kalau sebelum ni apply di Shah Alam, seterusnya kena apply di Shah Alam juga sebab data dia tak link dengan tempat lain. I am not so sure about that, tapi macam tak logik saja bukankah immigration Malaysia canggih. Tak kan tak boleh link data kat tempat lain kot? Hoho

3. Untuk renew visa, bawa pasangan bersama. Wajib bawa. Sebab masa di Suruhanjaya sumpah tu pasangan kena ada.

4. Bawa duit. Macam Thai, visa setahun RM90. Kali ini terus apply 4 tahun. Senang.

5. Fotostat passport lama dan baru, muka surat paling depan dan visa yang sedia ada. Dalam borang tu tak cakap kena fotostat ok. 

Bagi saya tak susah pun apply visa. Yang banyak songeh sebab banyak borang. Tak perlu nak upah agent semua. Selepas refer kat blog ni dan blog lain, untuk tidak memeningkan kepala. Pertama, walk in ke immigration. Minta borang dan teliti. Baca dulu, tak pasti boleh tanya pegawai di sana. Boleh juga whatsapp/ sms saya 013-3324398. Saya bersedia untuk kongsi pengalaman secara FREE~

Percaya atau tidak setiap minggu akan ada orang contact saya untuk tanya pasal visa. Pengalaman saya tak banyak, itu saja. Harap boleh menolong tuan-tuan dan puan-puan walaupun sedikit. 

Semoga Allah permudahkan urusan! ;)

3 comments:

Anonymous said...

Salam.nak tanya, saya bakal berkahwin dengan foreigner dia di malaysia atas permit kerja. Kalau berkahwin dengan foreigner atas permit kerja tak tbul masalah di imegresen ke. Sebab ikut prosedur mereka kena cooling off period balik negara mereka sebelum jahwin. Kalau terus kahwin je boleh ke

Tasneem Sayorwan said...

Ws'lam wbt puan E'zzati,

Berdasarkan pengalaman saya tak ada masalah kalau pakai visa kerja pun. Sesetengah company memang tak lepaskan pekerjanya pakai visa kahwin. Satu lagi jimat duit poket sebab sepatutnya semua bayaran visa kerja diuruskan oleh syarikat. Cuma dalam long term, elok untuk apply visa kahwin juga. Benefitnya lagi banyak.

sofia said...

As'Salam sis,
Kalau saya tanya pasal MyPR boleh ke? Selepas interview dgn police brp lama lagi kena tggu kpts ya? saya interview dari August 2014