Assalamualaikum wbt
Hari ni tolong mak masak Phad Thai. Phad Thai kena masak untuk makan bersama family. Tak berbaloi kalau makan sorang2 sbb bahan-bahannya agak banyak. Tapi berbaloi makan ramai-ramai sebab sedap =))
Bahan-bahanya:
1. Bawang merah 9-10 ulas - dimayang
2. Tau-hu 2 keping besar - dipotong kecik2 panjang2
3. udang - buang kulit dan kepala. belah belakang utk keluarkan najisnya
4. lobak jeruk (tak thu bm panggil apa) - potong kecik2 juga
5. gula kabung/ gula melaka
6. udang kering
7. asam limau nipis
8. asam jawa
9. kacang yg hancur2 tu. hauhau
10. daun kucai
11. Touge
12. Sos tiram
13. kuey teaw phad thai (kat giant ada. kuey teaw tu lebih kurang macam kuey teaw besar biasa kat kedai tp kecik dan keras dan tak basah macam kuey teaw) - rendam air
14. Telur ayam 3 biji
15. Tau-chu
16. Nam-pla
Waah..
Cara-caranya:
1st Step:
- Tumis bawang merah sehingga naik bau
- Masukkan tou-hu dan lobak jeruk yang dipotong halus tadi
- Bila dah masak, angkat dan masukkan dalam bekas lain
2nd Step:
- goreng udang bersama sos tiram sehingga masak
- angkat dan buh dalam bekas lain.
3rd step:
- cairkan gula kabung dan asam jawa.
- masukkan tau-chu dan nam-pla
4th step:
- goreng kuey teaw yg direndam tu.
- masukkan 3rd step - ikut rasa sendiri. akan rasa masam dan manis
- masukkan 1st step dan 2nd step
- goreng-goreng
- pastu masukkan kucai dan touge
- angkat
- tambah kacang yg hancur2 tu.
- kalau nak pedas buh cili kering bland
Siapa dah buat, bolehlah kongsi gambar!
Siapa dah buat, bolehlah kongsi gambar!