Bismillah.
Alhamdulillah. Hari ini dah hamil 34 minggu 5 hari. Dua hari lagi, Insyallah akan masuk 35 minggu. Semoga Allah permudahkan saat akhir.
Ini kandung ke dua ku (Kandungan pertama, mengandung luar rahim) tapi anak sulong. Aku yakin ramai akan sentiasa google-google untuk baca pengalaman orang lain pada setiap minggu. Salah satu website yang aku suka baca ialah babycenter.
Allah banyak permudahkan kandung aku pada kali ini. Alhamdulillah. Penat tu biasalah. Tak boleh lari dah.
Masa minggu ke 33, baby sepatutnya berat 1.7 kg. Tapi baby aku 1.5 kg masa tu. Sekarang doktor buat appointment setiap dua minggu. Minggu lepas, 34 minggu berat sudah balik ke berat normal, iaitu 2.2 kg. Alhamdulillah. Doktor kata takut tak cukup zat.
Ketika ini kena makan makanan sihat. Banyakkan makanan yang bersumberkan protien. Mak pesan suruh makan telur setiap hari.
Selain itu, kena rajin makan kurma : ) Aku baca dalam buku Quran dan Sains, kajian dibuat ke atas 2 golongan ibu mengandung. Kumpulan pertama diberi kurma selama sebulan sebulan sebelum bersalin. Kumpulan ke dua tidak. Didapati kumpulan pertama lebih bertenaga dan lebih mudah untuk bersalin. Kajian ini juga dilakukan berdasarkan kisah Mariam yang nak bersalin.
Aku tak banyak pantang larang. Aku lebih yakin pada naluri hati. Orang kata tak boleh tu tak boleh ini. Macam-macam. Aku hanya iya-kan saja tapi ikut apa yang aku nak dan google juga dalam masa yang sama. Dan alhamdulillah, setakat ini selepas buat details scan baby sihat. Doktor kata, tembamnya pipi!
Kepala baby pun dah turun ke bawah, alhamdulillah. Boleh rasa perut sebelah kanan lebih kembung. Mesti punggung si kecil kat situ!
Cuma minggu ini badan asyik angin. Malam-malam tak boleh tidur. Mula-mula angin biasa-biasa, ada orang cadangkan buh minyak angin kt tapak kaki dan pakai stokin. Tapi mungkin sebab aku nak demam jangkit dengan suami, malam-malam itu aku makan ubat demam dan slesema sekali. Memang tidur lena. Lepas dah ok sikit, angin kembali kuat sehingga bila makan atau minum boleh rasa angin tolak ke atas. Baring pun tak boleh sebab sakit dada. Dan aku boleh muntah tiba-tiba tanpa isyarat. Tak mual. Selalunya batuk dan terus muntah. Haha.
Tak tahan sangat, aku ke klinik. Doktor bagi ubat angin, air tenaga, ubat sakit perut (sebab aku senak kat tempat bedah dulu). Dan aku juga makan gaviscon. Alhamdulillah hari ini dah ok.
Itu saja pengalaman yang boleh kongsi setakat ini. Doakan semoga Allah permudahkan bersalin : )
Terima kasih suami walaupun tak sihat tapi kalau aku gerak malam-malam minta tolong dia urut belakang pun dia bagun je. Walaupun sambil-sambil urut pastu tertidur balik. Haha. I love you