Saturday, January 24, 2009

Aku, derma darah dan pengsan

Dua hari lepas, aku bersama kawan-kawan ramai-ramai derma darah di student lounge campus. Alhamdulillah, niat yang terpendam selama ni dah tercapai. Yeah! Sejak sem lepas lagi teringin sangat nak derma darah tapi tak ada peluang. Kali ini apa lagi, peluang depan mata hanya diri sendiri saja yang akan decide sama ada nak ambil peluang itu atau tak.

Aku mula mengambil borang dan isi tentang maklumat diri, check berat, jenis darah dan tekanan darah. Alhamdulillah, semuanya lulus dan aku dibenarkan untuk menderma. Jenis darah aku adalah group O. Aku tahu sejak form 5 lagi masa buat experiment subjek biologi. Alhamdulillah, Allah dah beri peluang kepada aku untuk menderma. Lagi-lagi aku darah group O, semua darah jenis lain boleh menerimanya.

Nak jadikan cerita aku start menderma pukul 10.50 am. Proses pengambilan darah mengambil masa 20 minit. Lama juga. Aku rushing sebab pukul 11.30 am aku ada class. Ketika derma darah aku agak panas badan dan mengipaskan diri dengan buku catatan yang nurse bagi.

Seorang nurse tanya, pening ke dik?

Tak pening, tapi panas.

Pening la tu...

Tak la akak, saya tak pening. Saya ok. Cuma panas.

Lalu dia betulkan katil. Tinggikan kaki aku. Seorang nurse lagi datang bagi minum air glukosa. Ee..manis sangat. Tak tahan rasanya. Tapi dia paksa aku habiskan juga. Jam sudah menunjuk pukul 11.25 am. aku perlu masuk class..Lalu bagitahu nurse aku sudah ok. Mereka lepaskan aku dan ucapkan terima kasih kerana menderma. Aku berjalan dengan begitu yakin yang aku akan ok.

Masuk class saja terasa tak sedap tekak sebab air glukosa yang sangat manis tu. Lalu minta diri keluar ke kedai berdekatan untuk beli air. Aku keluar bersama kawan, Wenda. Cuaca pagi tu sangat lah panas. Hati aku berdoa. Moga aku selamat dari segala ancaman..

Sampai kat kedai abg Bob, aku pegang Wenda. Terasa pening dan nak pitam.

Wenda, i pening la..

Muka ku sudah pucat. Abg bob tanya kenapa lalu bagi kerusi untuk duduk. Cuaca sangat panas. Tambah-tambah lagi hari tu aku pakai jubah hitam, tudung hitam.

Aku sangat pening. Sudah tak nampak dunia. Hanya kedengaran beberapa orang tanyakan khabar aku dan wenda menceritakan apa yang berlaku.

Aku dah tak dapat melihat lagi. Mata terasa blur, namun aku masih cuba untuk berlawan. Tak nak menyusahkan orang ramai. Wenda dan orang di situ pimpin aku melintas jalan. Aku cuba lawan sepenuh hati..namun, aku rebah di tengah jalan. Sangat pening dan pitam. Hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana aku rasa. Aku tak mampu berdiri dan melawan lagi. Tak tahu apa yang terjadi. Terasa diri diangkat seorang laki. Dia angkat aku ke meja di seberang jalan. Aku duduk di situ. Cuba melawan lagi. Sangat pening..lalu aku muntah.

Orang ramai kat situ. Aku tak nampak siapa di situ. Hanya suara-suara mereka suruh aku rehat. Ada yang hulurkan tisu, ada yang gosok-gosok belakang. Ramai orang bantu. Alhamdulillah. Wenda kata, aku asyik senyum je tengah pengsan pun. Heheh. Ye la, cuba melawan tak nak menyusahkan orang

Akhirnya dua orang nurse datang. Dia bawa aku ke katil. Aku sekali lagi dipaksa rehat dan minum air glukosa. Waa.....

Nak jadikan cerita lagi, aku tak masuk class. Hari tersebut aku ada empat class. Dua aku terpaksa ponteng sebab rasa tak ok. Alhamdulillah, dua lagi aku paksa diri dan belajar macam biasa.

Kesimpulannya:
1. Jangan berlagak tak pening bila derma darah. Selepas derma darah perlu ambil rest untuk seketika.
2. Jangan derma darah hari yanga ada class banyak.
3. Jangan nak jalan laju-laju lepas derma darah sebab darah dalam badan berkurangan.
4. Jangan bagitahu mak..Nanti kena marah. heheh.

Boleh catat dalam buku sejarah hidup aku..Selama ni tak pernah derma darah. Akhirnya pula dapat pengsan~

Apa-apa pun, niat baik dan ikhlas Allah pasti tolong..kan?

3 comments:

Sahalfikri said...

Abg ada kawan yg selalu pengsan bila derma darah. Tapi setiap kali abg derma darah, abg tetap akan ajak dia. Dan dia juga tak pernah menolak.

Kesimpulan: Dia faham maksud derma darah bukan untuk diri sendiri.

:)

Tasneem Sayorwan said...

Boleh kan satu hari nanti kita buat event pergi derma darah kat Pusat Darah Negara, under GPM pun ok!

Iyla Rahman said...

alhamdulillah....bertambah amal dan moga diberikan pahala oleh YANG MAHA ESA....

Jangan serik menderma...akak pun baru2 nie pitam lepas menderma....sedangkan dh biasa pun buat....

betul laaa apa neem ckp....lepas menderma kena rest kejap...akak pitam pun sbb rushing nk masuk class....kebetulan menderma kt lobi hotel area tgh bandar s.alam nie....then rushing blk kampus sbb ada class...

Dgn panas n nk cpt je....nasib baik akak sempat smpi campus....dkt dgn lif je....akak dh rasa seram sejuk....so akak xnk orang kecoh2 akak rehat bawah tangga....masa tu laaa akak xsedar pun akak dh black out....

Tapi nasib baik laaa....sekejap je akak dh pulih....sempat masuk class....cuma lecturer heran sbb akak pucat....akak xkasi tau pun akak pitam sbb menderma....hehheehhe....

enth laaa neem....akak rasa tu je yg akak boleh buat utk tolong org....so asal ada peluang je akak mmg xtolak....smpi kadang2 xterfikir yg akak ada class...rushing ke....yg akak ingt...akak nk wat amal yg kadang2 je ada kesempatan tu.....