Assalamualaikum wbt
Sudah masuk hari ke-26 Ramadan. Apa khabar hati dan iman kita? Semoga Ramadan ini meningkatkan keimanan kita kepada Allah swt.
Kenapa Somalia? Apa agaknya yang akan dibicarakan tentang Somalia ni.
Seperti yang kita tahu, Somalia sedang berada dalam keadaan kritikal. Mengalami bencana alam iaitu kemarau selama dua tahun! Bayangkan kita berpuasa dalam keadaan panas selama sehari. Penat bukan? Apatah lagi mereka yang tiada bekalan air malah air bersih untuk di minum, cuaca panas, harga makanan yang melambung tinggi sehingga 200% dari harga biasa (Saya rasa dah betul, atau tersilap baca dalam buku lain), lebih 3,000 orang mati dalam sehari, penyakit berleluasa ke wilayah lain, ubat-ubatan yang tidak mencukup dan lain-lain.
Saya dan beberapa orang sahabat, ambil inisiatif untuk tolong mereka setakat yang mampu. Kami kutip derma di tempat-tempat awam dan di serahkan pada Global Peace Mission Malaysia (GPM). Setiap kali dilakukan begini, mesti ada orang tanya saya "Kenapa kena bantu Somalia? Sedangkan di Malaysia masih ramai lagi yang perlukan bantuan."
Sekiranya kita perasan, bantuan bentuk begini dilakukan apabila sesebuah negara tersebut mengalami bencana alam. Tidak seperti Malaysia, bantuan lebih banyak dari mereka di sana. Di Malaysia masih punya air bersih, bekalan makanan dan lain-lain. Lebih-lebih lagi bulan puasa, rata-rata masjid di Malaysia sediakan juadah berbuka. Saya tak pasti isu apa yang berlaku pada Tabung Zakat. Tapi jika di bandingkan, keadaan di Malaysia lebih jauh berbeza di Somalia. Cuma kenapa jadi macam tu, kena tanya diri sendiri. Adakah kita akan semata-mata bergantung pada Tabung Zakat? Andai kata anda merupakan salah seorang yang mampu dari segi kewangan, adakah anda turun mencari mereka yang memerlukan?
Kita selalunya salahkan kerajaan kerana itu dan ini. Sedangkan banyak lagi faktor yang menyebabkan jadi sedemikian.
Pada saya, mereka di Somalia juga saudara kita. Rata-rata adalah Muslim. Oh ya, orang selalu kata juga "orang Somalia di Malaysia ni kebanyakan jahat-jahat!" Saya cuba untuk tidak stereotype, mana-mana negara atau bangsa mesti ada yang jahat dan juga baik. Itu pegangan saya.
Ramadan akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Sesiapa yang berminat untuk lakukan amal yang berlipat ganda ini boleh hubungi pihak GPM atau melalui saya. Kutipan boleh dijalankan di masjid berdekatan dengan rumah anda, di tempat awam dan sebagainya. Kami target sejuta ringgit untuk disalurkan. Sekarang jumlah kutipan adalah RM54,871.70.
Percayalah sahabat, dengan lakukan kerja seperti ini hati kita sangat tenang. Kadang-kadang saya rasa nak nagis, bila penderma datang pada saya dan salurkan duit. Kata-kata mereka seperti fahami apa yang mereka rasa di sana.
Menjadi satu kewajipan bagi kita untuk membatu sesiapa yang perlu. Ketepikan persoalan, mengapa perlu mereka dan kenapa tidak mereka yang lain? Saya yakin, setiap langkah yang buat kebaikan pasti di kira oleh Allah swt.
2 comments:
berbuat baik untuk mencari redha Allah,itu patut dijadikan alasan utama bukan?
seronok tolong orang,kepuasan yang tiada dalam pekerjaan
teruskan menulis dearest neem :)
Benar, syuk.
Thanks, Syuk. Insya Allah..
Post a Comment