Friday, August 22, 2014

Pengalaman Bersalin

Alhamdulillah.


Aku selamat melahirkan anak sulong pada 7.7.14. Alhamdulillah. Kini aku bergelar seorang ibu. Eh. Macam cepat je. Masa mengandung dulu aku selalu baca-baca blog orang lain untuk buat persediaan. Banyak membantu, alhamdulillah. Jadi aku nak tulis juga supaya boleh membantu bakal ibu yang lain walaupun sedikit. Gigih tak gigih aku tulis post ni dengan hp sambil dukung baby. Alasan jerr.



Baby nama Afrah bt. Azmir Azri. Berat 2.2 kg. Dilahirkan pada minggu ke 36 di Putra Medical Center, Sg. Buloh oleh doktor Ratna. 



Orang kata waktu bersalin kita akan ikut ibu masing-masing. Aku tanya doc, doc kata tidak semestinya. Dan ternyata pengalaman aku membuktikan yang kata-kata doc adalah benar. Ibu aku bersalin kami adik beradik cukup 40 minggu. Tapi aku lahirkan Afrah awal iaitu minggu ke 36.



Minggu ke 35 braxton hicks aku makin kerap campur pulak dengan cirit birit. Rasa macam dekat sangat dah nak bersalin tapi pujuk hati lambat lagi kot. Cirit birit tak henti. Hari-hari mak suruh jumpa doc tapi aku malas. Sampai 4 hari cirit birit akhirnya aku ajak suami jumpa doc. Takut bahaya baby. 



Doc kata baby tak betul-betul engage lagi. Aku pun macam lega tapi hati rasa akan bersalin awal juga. Mak beli tiket flight ahad 13hb dari bangkok. Mula-mula nak beli 6hb. Since aku rasa macam akan bersalin awal tapi mungkin dalam week 37 tambah tiket mahal jadi mak beli tiket lambat seminggu.



Dalam week tu aku dah tak boleh tidur malam. Sekali aku bangun pukul 2 pagi nak masuk tandas tiba-tiba rasa keluar air. Eh. Air apa. Jalan sikit keluar air. Hah. Sah air ketuban ni. Jadi aku bagun makan nasi. Kemas-kemas barang aku dan baby. Gosok jubah bagai siap-siap nak ke hosp. Ingat nak pergi lepas sahur. Sebab tak sakit dan kalau air ketuban dah pecah kena reach hosp dalam masa 24 jam. Pukul 2.30 pagi pula dah keluar darah. Risau takut anak kena jangkitan kuman, aku gerak suami. Pukul 3 pagi sampai hosp. Alah, dekat je rumah dengan hosp. Tapi suami panic punya pasal dia bawa kereta laju masa pagi tu. Haha.



Sampai hosp cek bukaan dah 4 cm. Terus kena tidur dalam wad. Doc datang kata kot mana-mana pun kena bersalin hari ini juga. Bila dah masuk wad, tak boleh tidur juga sampai pagi. Dalam keadaan leaking tu juga aku solat. Selagi tak bersalin, maka darah yang keluar tak dikira sebagai darah nifas. Boleh rujuk balik kat mana-mana kitab. Ni aku tulis untuk ringkasan saja. 



Masuk wad, macam-macamlah. Masuk ubat untuk berak. Cucuk antibiotic untuk baby dan macam-macam. 



Pukul satu tengah hari masuk labour room. Sakit makin bertambah. Tapi masih boleh bual-bual lagi. Sebenarnya sampai satu tahap aku dah tak tahu masa. Sebab tak ada jam dalam labour room dan aku pun tak pakai jam. Sakit makin terasa, nurse tanya nak ubat tahan sakit tak? (Bukan epidural) rasa macam tak larat padahal sakit lepas tu lagi sakit T________T huhuuu



Lepas ambil ubat tahan sakit, aku tidur. Lepas bagun, memang dah lali sangat. Solat zohor belum lagi. Jadi aku bertayammum dan solat. Dalam keadaan mata tak boleh buka. Tak boleh nak jalan dah rasa sebab makin sakit. Solat juga mana tahu mati jap lagi ~_~ Aku bersyukur dapat suami yang pentingkan solat. Dalam keadaan sakit macam mana pun dia akan ingatkan waktu solat aku. Solat lah walaupun tak larat. 



Masuk petang tu sakit makin bertambah. Ketika tu ummi dah sampai hospital. Ummi datang bual-bual untuk hilang sakit aku. Ummi pesan jangan sebut "aduh". Sebut Allah sokmo. Allah, Allah, Allah. Selalu baca doa. Contraction makin terasa. Macam setiap 5 minit. Sakitnya Ya Allah. Dalam masa yang sama juga aku kena seluk lagi =__________= rasa macam tak larat. Sampai tanya nurse boleh bagi ubat tahan sakit lagi tak sebab dah tahan. Nurse kata tak boleh dah, kalau nak kena amek dalam masa 12 jam pula. Nak amek epidural mahal la pula RM900 kot. Tak apalah tahan saja. Masa tu juga baby tak turun sepenuhnya lagi. Adoi. 



Kini contraction dah bertambah setiap seminit. Nak nagis dah. Suami masuk. Sebelum tu ummi kata jangan manja. Kalau duk dengan suami biasanya akan manja. Huaa.. Memangla. Sakitttt gila contraction setiap seminit. Dah tak boleh nak cakap dah. Rasa nak tendang orang pun ada. Suami kat tepi bagi semangat. Macam-macam kata. Setiap kali nurse masuk aku tanya tak boleh bersalin lagi ke. Rupa-rupanya budak kecik tu tak turun bawah juga tapi kepala dah bengkak. Boleh tak bayangkan perasaan nak teran sangat tapi nurse kata tahan dulu. Orang kata sakit macam sembelit, tapi lagi dasyat dari sembelit kot.



Aku penat sangat. Sakit entah dari pukul berapa lagi. Sampai jantung lemah so kena pakai oksigen. Rasa bila pakai oksigen lagi lemah aku rasa. Dan tak pandai teran. Biarlah orang pesan macam-macam pun masa tu dah tak ingat apa. Kepala baby dah keluar tapi masuk balik. Aku tak larat nak teran akhirnya doktor gunting. Huahuahua. Adoi. Tapi tak rasa pape pun gunting rasa nak beranak lagi sakit. Lepas gunting kena vacum pula.



Lepas tu alhamdulillah baby keluar. Doktor letak baby kat dada dan suruh pegang. Aku pegang baby. Sekejap je dan nurse letak baby kat tempat bersih. Itu yang aku nampak dan terus pengsan. Jahit ke apa dah tak sedar. Selepas beberapa minit aku sedar. Dan dipindah ke wad.



Eh panjang lagi cerita sebenarnya. Malam tu nurse tak datang hantar anak pun. Padahal awal-awal tu dah sign untuk fully breastfeeding. Aku pun hairan. Takkan lah anak tak minum kot. Jadi tidurlah dulu sambil tunggu. Tapi penat sangat sampai pagi aku tidur. Pagi tu juga suami pergi tanya nurse kenapa tak hantar anak.



Alasan dia sebab nak bagi mak rehat jadi sudah bagi baby minum susu formula. Sedih sangat first susu anak ialah susu fm bukan susu ibu. Tapi tak apa jadi pengalaman untuk next anak. Insyallah.



Ada lagi cerita kisah kuning Afrah. Nanti rajin tulis pula insyallah 

Hari ni Afrah dah 46 hari. Berat dari 2.2 kg sekarang berat 4 kg wohoo. Percaya pada susu ibu ;) anak sihat insyallah.


Selamat bersalin kepada yang baca. Banyakkan bersabar. Anda boleh lakukannya!




17 comments:

Siti Asiah said...

tahniah awak...;)

Tasneem Sayorwan said...

Terima kasih, Puan Asiah :)

Wani said...

Suka baca pengalaman bersalin. :)

Tasneem Sayorwan said...

terima kasih :)

Unknown said...

tahniah... suka saya bace.. pengalaman yang menyeronokkan... jemput singgah kat blog saya

http://mamasihat-babyceria.blogspot.com/

Unknown said...

Tarikh lahir baby awak 7.7.2014, saya pulak 6.6.2014 :-)

Tasneem Sayorwan said...

beza sebulan. tahniah puan :)

Tasneem Sayorwan said...

terima kasih puan :)

zailahafni said...

Saya suka semua nasihat mak awak especially cakap Allah Allah masa sakit contraction. Betul masa tu kena totally bergantung kat Allah aje sebab kita pun antara hidup dan mati kan.
Selamat menjadi ibu :D
Thanks for sharing.

Tasneem Sayorwan said...

terima kasih. tapi percaya tak sampai satu tahap rasa nak menjerittttt jeee

salmizah said...

tahniah ya..bestnya dpt bby kn..paling best dpt cium bau bby...

saya pun ada tnya doc psl hal mak saya bersalin ank2 semua lbh drp due..org dulu2 mana ada bersalin paksa2..kalau lbh drp due pun tggu jelah..tp skrg ni tak,lambt jer kena induce.itu yg takut tu.saya pun mcm mak jugak,bersalin lbh drp due..dua2 anak sama,lbh 2mggu drp tarik due..tp Alhamdulillah semuanya sihat dan tiada mslh semasa proses bersalin..

Tasneem Sayorwan said...

orang kata kalau induced sakit ye? penat tapi pengalaman yg sungguh indah. hehehe

bengkungmoden said...

Salam.terima ksh utk perkgsian pnglaman dgn pembaca

Cheta Eita said...

Huhu...sy anak pertama n kedua kena induce sbb overdue...mudah2an yg ketiga ni tak yah ler nak induce lagi...

LinChalo said...

Salam sis.. tahniah dengan kelahiran baby Afrah.. pengalaman bersalin memang tak dapat nak lupa kan.. :)

Saya nak jemput sis untuk share pengalaman bersalin sis kat blog saya.. kami ada buat 1 kontes sekarang.. just share pengalaman bersalin dan insyaAllah berpeluang untuk memenangi 'Coach Wristlet'.. Jemput join ya.. :)

http://www.linchalo.com/759/kongsi-pengalaman-bersalin-boleh-dapat-coach-wristlet/

Tasneem Sayorwan said...

ameen. semoga dipermudahkan puan! chaiyooo

Tasneem Sayorwan said...

wslam wbt Puan Lin. iya. alhamdulillah. pengalaman sgt indah. terima kasih insyallah akan saya singgah ;)