Saturday, November 29, 2014

List barang baby versi jimat :)

Assalamualaikum wbt

Nak tulis pasal barang-barang sambut baby. Terutamanya bagi yang sambut baby pertama. Biasanya akan excited sampai beli berlebih-lebih (Macam akulah). Keperluan kita mungkin berbeza-beza. Ini hanya mengikut pengalaman aku saja. 





Dah masuk 35 weeks tu bolehlah sediakan barang dalam bag. Letak dalam kereta terus supaya tak panic. Sedap je nasihat orang. Masa aku dulu leaking pukul 2 pagi masa tu juga baru nak packing ~_~

Barang -barang yang bagi aku satu keperluan dan tidak :

1. Baju 

 Paling banyak dalam 6 helai cukup kot untuk new born. Sebab biasanya orang akan bagi banyak baju kat baby. Kat situ pun boleh jimat dan :) Beli 3 lengan panjang, 3 lengan pendek.


2. Sarung tangan dan stokin

Sarung tangan tak payah banyak pun tak apa. Sebab pakai sekejap saja. Nanti bila dia dah pandai pegang-pegang tak perlu dah pakai sarung tangan. Macam aku dua bulan dah berhenti pakaikan sarung tangan kat anak.

Sarung kaki banyak tak apa. Boleh pakai sampai besar. Afrah dah nak masuk lima bulan pun aku still pakaikan stokin untuk dia. Dan alasan yang sama, nanti orang bagi hadiah :D kalau tak cukup boleh beli lagi. Beli dalam 6 dulu ke. Sekarang aku kira stokin anak, lebih dari 20 pasang. Beli dalam 4 saja yang lain orang bagi. Alhamdulillah. Hoho


3. Pampers new born

Depends nak jenama apa. Mungkin boleh beli yang murah-murah sebab awal-awal tu baby berak banyak. Kena tukar pampers mungkin dalam 8-10 kali sehari. Lagi pun nak elak dari anak kena ruam jadi kena selalu tukar pampers


4. Ubat ruam

Hari tu beli pureen. Tapi macam tak berkesan. Atau aku yang tak tahu cara nak guna. Pastu tukar kepada Bepathern. Itu pun yang hospital bagi. Heheh. Kecik je test sample punya. Kalau anak naik ruam, elakkan mandi dengan sabun. Sebelum buh ubat kena lap kering dulu tempat yang naik ruam. Bila dah buh ubat bagi meresap jap baru pakai pampers


5. Kain tuala/ kain lampin/ Kain untuk bedung/ bekung dan selimut

Sebenarnya boleh je pakai kain tuala yang ada kat rumah. Tapi kalau rasa nak beli special untuk anak pun tak ada hal.

Kain untuk bedung, tak perlu beli banyak. Nanti dia dah pandai keluarkan tangan dah tak guna dah.

Bekung (betul ke) aku beli tak banyak, Pakai sekejap saja. Sebab selalu jadi bekung dada... Last-last macam tak ada fungsi jadi stop pakai



6. Bekas buh barang baby.

Boleh DIY je. Cari kotak pastu balut dengan kertas hadiah. Tapi sekarang aku rasa macam nak beli rak baju yang pastik tu. Macam senang sikit nak buh barang. 


7. Minyak telon dan tuam

Minyak wajib ada :) Tuam boleh buat sendiri. Aku guna lada hitam :D panaskan dalam kuali pastu buh dalam kain ikat dengan getah. Hoho. Tapi lada hitam tak tahan lama sangat tapi wangii


8. Sabun mandi, baldi mandi dan sekali dengan getah tak bagi licin 

Nak senang beli yang boleh jadi shampoo pun ye. Sabun pun ye. Senang bila nak mandikan baby. Baldi beli yang besar sikit pun boleh. Nanti dia besar dalam 4 bulan ke atas boleh rendam-rendam air. Kalau kecik nanti tak muat kaki.

Losyen? Aku tak sapu-sapu pun losyen. Buh baby oil je sambil urut-urut baby



9. Sabun basuh baju baby

Kena guna sabun khas untuk baju baby. Sebab kulit baby ni sensitif.


10. Kelambu

Iya, kalau rasa rumah banyak nyamuk sila lah beli ye


11. Bantal baby/ Tilam

Pun keperluan. Tapi anak aku tidur berbantalkan kain-kain yang dilipat jadi bantal saja. Hee. Sampai sekarang tak suka tidur atas bantal melainkan lengan mamanya :D. Boleh juga guna saja toto yang ada kat rumah tu. Tapi basuh la dulu.


12. Pam susu, storage bag dan botol susu

Boleh beli ikut keperluan. Macam aku dah fully housewife. Jadi keperluan pam susu tak banyak sangat sebab tak ada buat stock. Hanya pam untuk anak kawan sikit. Jadi aku beli pam yang manual. Storage bag boleh tengok jenama fiffy ke. Murah. Dulu main beli jadi aku beli Avent. Mahal gila. sampai sekarang sanyang nak guna. Hhaha.

Bagi mak-mak yang akan kerja, boleh ajar anak dengan botol susu dan guna pam yang lebih exclusive. Jadi kena beli juga botol susu ye (part ni boleh study sendiri)


13. Ubat puting (in case puting melecet)

Boleh beli atau tunggu melecet dulu atau nak guna secara natural iaitu picit susu sendiri dan sapu tempat melecet. Atau gunakan madu sapu. Awal-awal mungkin susu tak banyak, jadi baby akan kepit puting dengan mulut. Sakit boleh sampai menangis. Kalau kena macam tu boleh rehatkan dulu bagi baby hisap. Kalau bengkak kena pam. Insyallah dengan cara pam tak sakit. 


14. Katil baby

Awal-awal memang excited nak beli katil. Tapi kebanyakan orang yang beli katil baby akhirnya katil jadi tempat sangkut baju. Sebab kita akan letih bila ada baby. Jadi kalau boleh tidur sambil menyusu je. Baby tidur dah malas nak gerak. Tapi (lagi) kalau takut akan ada accident, contoh kita tak sedar tutup muka baby ke, atau tertidur lengan atas baby atau apa-apa yang boleh memudaratkan dan katil itu keputusan yang terbaik, jadi sila lah beli.


15. Bra dan baju menyusu

Bra wajib ada. Baju menyusu boleh pakai jubah/ baju yang ada butang


Mungkin ada lagi tak tak tertulis. Ni hanya berdasarkan pengalaman aku kenapa perlu dan kenapa tidak. Bagi kita yang kena jimat ni, beli dulu apa-apa yang perlu. Selepas tu sikit-sikit boleh tambah. 


Ok dah sakit bahu taip ni sambil dukung budak kecik


Semoga Allah permudahkan kalian bersalin ^_^






Sunday, November 2, 2014

Bayi Berenang

Alhamdulillah. Hari ini kali pertama bawa Afrah berenang. 5 hari lagi Afrah masuk empat bulan, insyallah. Orang akan kata macam-macam. Air kotor lah nanti itu nanti inI. Aku tutup telinga saja dan aku yakin insyallah anak akan sihat kalau berenang. (pasal hadis Rasulullah saw suruh anak belajar berenang, aku sedang tunggu suami cari kesahihannya. Takutnya hadis palsu.. Silap besar kalau sandarkan atas nama nabi)



Hari ni mula dengan 20 minit dulu. Bawa Afrah turun dalam pukul 9.00 pagi. Masa tu air dah tak sejuk sangat. Di bawah ni antara persediaan yg aku buat.

Biasakan anak mandi air sejuk.

Afrah sebelum ni aku mandikan air suam. Basuh punggung air sejuk. Kalau air naik atas belakang je terus menangis. Haha. Jadi praktis dia mandi air sejuk. Mulakan dengan kaki dulu. Pastu tepuk-tepuk belakang dgn air. Lama-lama dia dah ok. Tapi kadang-kadang guna air suam juga sebab nak bagi dia rendam-rendam. Air rumah aku sejuk tambah lagi dekat dengan hutan ni.




Baju dan diapers berenang

Tak ada pun dua-dua. Pakai seluar pendek je. Hee. Sebab baju renang size kecil cari tak jumpa dan kalau ada pun mahal. Lagipun rasa macam kejap lagi nanti besar jadi tak pakai terus. Diapers pun sama. Kalau pakai yang biasa punya takut berat pula. Kalau dia kencing banyak pun dah berat kan. Lagi pun orang kata anak tak akan berak dalam air. Jadi tadi pakai seluar pendek je. Hee

Pelampung

Aku beli neck float tu dalam instagram. Harga dalam Rm18 + postage Rm6. Ada yang mahal sampai Rm35. Tapi yang Rm18 ni pun ok je selesa saja. Nak bagi Afrah biasa terapung dulu dalam air. Nak hilangkan rasa takut dia.

Oh ya, kalau anak takut jangan paksa dan kita kena yakin yang kita boleh selamatkan dia. Sebab anak boleh rasa sekiranya kita tak yakin. Yakinkan diri kita untuk yakinkan dia. Macam belit je ayat.

Mula-mula aku masukkan anak tanpa pelampung dulu. Biarkan dia bersama aku dan hilangkan rasa takut dia. Tapi muka dia macam confuse saja. Hehe. Lepas tu baru pakaikan dia pelampung. Aku lepaskan dia dalam air sambil pegang dia. Beberapa minit baru biarkan dia terapung sendiri.

Next session akan pakai pelampung juga. Nak suruh dia gerak-gerak tangan dan kaki sendiri dulu. Kalau keyakinan dia sampai tahap yang memuaskan, Insyallah boleh teruskan dengan cara yang lain.

Oh ya, satu lagi kena biasakan anak dengan air yang lalu di atas kepala. Tadi Afrah terkena percikan air di muka, dah lain dah reaksi dia. Haha. 

Boleh study dalam youtube. Orang putih ajar anak berenang sejak kecil. Sebab tu mereka semua pandai berenang. Jeless