Sunday, November 2, 2014

Bayi Berenang

Alhamdulillah. Hari ini kali pertama bawa Afrah berenang. 5 hari lagi Afrah masuk empat bulan, insyallah. Orang akan kata macam-macam. Air kotor lah nanti itu nanti inI. Aku tutup telinga saja dan aku yakin insyallah anak akan sihat kalau berenang. (pasal hadis Rasulullah saw suruh anak belajar berenang, aku sedang tunggu suami cari kesahihannya. Takutnya hadis palsu.. Silap besar kalau sandarkan atas nama nabi)



Hari ni mula dengan 20 minit dulu. Bawa Afrah turun dalam pukul 9.00 pagi. Masa tu air dah tak sejuk sangat. Di bawah ni antara persediaan yg aku buat.

Biasakan anak mandi air sejuk.

Afrah sebelum ni aku mandikan air suam. Basuh punggung air sejuk. Kalau air naik atas belakang je terus menangis. Haha. Jadi praktis dia mandi air sejuk. Mulakan dengan kaki dulu. Pastu tepuk-tepuk belakang dgn air. Lama-lama dia dah ok. Tapi kadang-kadang guna air suam juga sebab nak bagi dia rendam-rendam. Air rumah aku sejuk tambah lagi dekat dengan hutan ni.




Baju dan diapers berenang

Tak ada pun dua-dua. Pakai seluar pendek je. Hee. Sebab baju renang size kecil cari tak jumpa dan kalau ada pun mahal. Lagipun rasa macam kejap lagi nanti besar jadi tak pakai terus. Diapers pun sama. Kalau pakai yang biasa punya takut berat pula. Kalau dia kencing banyak pun dah berat kan. Lagi pun orang kata anak tak akan berak dalam air. Jadi tadi pakai seluar pendek je. Hee

Pelampung

Aku beli neck float tu dalam instagram. Harga dalam Rm18 + postage Rm6. Ada yang mahal sampai Rm35. Tapi yang Rm18 ni pun ok je selesa saja. Nak bagi Afrah biasa terapung dulu dalam air. Nak hilangkan rasa takut dia.

Oh ya, kalau anak takut jangan paksa dan kita kena yakin yang kita boleh selamatkan dia. Sebab anak boleh rasa sekiranya kita tak yakin. Yakinkan diri kita untuk yakinkan dia. Macam belit je ayat.

Mula-mula aku masukkan anak tanpa pelampung dulu. Biarkan dia bersama aku dan hilangkan rasa takut dia. Tapi muka dia macam confuse saja. Hehe. Lepas tu baru pakaikan dia pelampung. Aku lepaskan dia dalam air sambil pegang dia. Beberapa minit baru biarkan dia terapung sendiri.

Next session akan pakai pelampung juga. Nak suruh dia gerak-gerak tangan dan kaki sendiri dulu. Kalau keyakinan dia sampai tahap yang memuaskan, Insyallah boleh teruskan dengan cara yang lain.

Oh ya, satu lagi kena biasakan anak dengan air yang lalu di atas kepala. Tadi Afrah terkena percikan air di muka, dah lain dah reaksi dia. Haha. 

Boleh study dalam youtube. Orang putih ajar anak berenang sejak kecil. Sebab tu mereka semua pandai berenang. Jeless

2 comments:

Unknown said...

Boleh ke bayi mandi kat sungai ? Sebab kalau bayi mandi kat sungai .. Air kan sejuk nt paru² kecut :'( teringin sangat nak mandi dgn anak buah ( 7 bulan) kat sungai :'( tp mama saya kata tak boleh sbb takut paru² dye kecut

Tasneem Sayorwan said...

kalau air sejuk lebih baik jangan. basuh2 kaki je. atau dalam 10 minit cukup dah. :)