Assalamualaikum wbt
Taqabbalallhuminna wa minkum
Semoga Ramadan tahun ni bukan Ramadan yang terakhir buat kita. Teruskan berdoa semoga Allah berikan kita sekali lagi peluang untuk bertemu dengan Ramadan tahun depan.
Alhamdulillah. Tahun ni saya beraya di Bangkok, kampung saya. Perasaan gembira campur dengan rasa sedikit sedih.Ya, tahun ni sekali lagi ahli keluarga tak cukup. Adik ke-dua saya beraya di Jordan. Dan saya rasa pelik bila orang lain yang imamkan solat, bukan pakcik saya. Dan rasa macam tak jumpa semua pun sanak saudara. Macam terkejar-kejar saja perjalanan hari ni (walaupun pada sebelah petang tak buat apa pun)
Saya bersyukur boleh beraya kat rumah tahun ni. Sayu hati saya tengok makcik, pakcik saya yang sudah uzur. Mereka dah berumur. Ayah saya 11 adik beradik dan beliau merupakan ke-dua last. Jadi tak hairanlah kalau makcik, pakcik saya sudah berumur. Ada di antara mereka sakit, tak sihat. Seorang makcik kesayangan saya, demam. Tak mampu pergi masjid. Rasa lain sungguh. Seorang lagi makcik, jatuh dari kerusi. Beliau dah memang sakit lutut, susah nak berjalan. Seorang lagi salur darah (hm?) kat lengan pecah, sakit katanya. Seorang pakcik lagi baru lepas operate. Semoga Allah rahmati semua.. Panjangkan umur mereka dan sihatkan mereka. Apa yang berlaku semua ni, saya yakin ada hikmah disebaliknya.
Di masjid tadi saya nampak seorang budak lelaki. Beliau buta. Ya, buta mata tapi hatinya tidak sedikit pun buta. Saya ingat, masa kecil-kecil dulu zaman sekolah rendah kami sama-sama masuk kem ibadat. Saya masa tu buat adik ni macam adik. Memang hubungan kami "comel". Saya selalu pimpin dia jalan-jalan, belanja dia makan. Pada masa tu, saya rasa macam kenapalah Allah bagi dia buta. Selepas berpuluh-puluh tahun lalunya, saya tengok adik tersebut membesar. Walaupun dia tak tengok saya membesar. Dia membesar sebagai seorang yang akhlaknya baik sekali.. Dia juga sekolah sama dengan adik saya yang di Jordan. Ketika adik saya akan fly ke sana, dia lah antara orang yang datang hantar adik saya. Dengan ikhlas hati, dia bagi ucapan dan doa kat adik saya. Saya dapat rasa yang dia betul-betul ikhlas dan merayu pada Allah supaya Allah jaga adik saya. Saya tak pasti dia masih ingat saya ke tak. Saya nak tegur dia tapi masa tak mengizinkan. Tadi dia duduk seorang-seorang. Mungkin menunggu makanan dari ahli keluarga. Saya yakin Allah sayangkan dia.. Sebab background keluarga dia tak berapa elok, tapi Allah jaga dia.
Sebak.
Seorang lagi abang, saya tak ingat dia nama apa. Tadi saya tak jumpa dia kat masjid. Tiba-tiba dia add Facebook saya. Beliau juga cacat aggota, saya tak pasti panggil apa tapi sebelah tangan dia tak boleh guna. Dia seorang yang hebat. Merupakan seorang guru masa saya di kem ibadat. Hidupnya penuh dengan rasa syukur pada Allah walaupun dia macam tu. Tak sempurna macam saya. Hatinya baik, setiap percakapannya sopan dan penuh dengan motivasi. Alahai. Saya rasa rugi tak jumpa dia kat masjid tadi, semoga Allah memberkati beliau.
Saya fikir, hidup kita ni masing-masing mempunyai cabaran dan dugaan. Apa yang penting, kita kena selalu bersyukur. Ingatlah, dalam susah-susah kita pasti ada yang lagi berat ujiannya..
Saya dah tak tahan sebak. Semoga Allah rahmati mereka, anda dan kita semua. Salam sayang dari Bangkok. Eid mubarak, maaf zahir dan batin.