Tuesday, August 23, 2011

Blog Baru

Assalamualaikum wbt

Tamat sudah riwayat blog lama saya, neemhumairah. Saya baru perasaan, blog itu dah hampir umur empat tahun lamanya! Masa tu saya umur dalam 18 tahun, ketika masuk alam belajar di IPT. Namun ada sebab-sebab tertentu, saya terpaksa "menamatkan riwayat" blog tersebut. Sayang memang sayang, tapi disebabkan komitmen yang makin bertambah, blog itu tak sesuai untuk komitment ini.

Mungkin ia akan "dikuburkan" terus atau "diawetkan" supaya kenangan-kenangan dalam blog tersebut tidak hilang begitu saja. 

Apa pandangan anda?

Dalam blog ini juga akan jadi tempat koleksi post-post yang saya rasa tiada masalah dan ada ilmu yang bermanfaat. Post yang merupakan cerita yang begitu saja, biarkan dalam blog itu. Insya Allah, blog ini akan jadi tempat penulisan dalam bentuk yang agak serius. 

Hanya satu tujuan, semoga blog ini menjadi satu saluran kepada saya di alam barzakh kelak. Diharapkan, sedikit ilmu yang dikongsikan dalam blog ini memberi ilmu yang berguna serta perkongsian ilmu dari sahabat-sahabat yang pelbagai pengalaman. 


Saya minta jasa baik para sahabat-sahabat yang baca blog yang tak berapa untuk tegur sekiranya perkara yang saya kongsikan salah atau tak sesuai dibaca umum. 


Semoga bermanfaat. 

4 comments:

gadisbunga said...

blog lama sayang kalau didelete. sebab at least boleh jadi kenangan di masa hadapan.

good luck with the new blog ya! :)

Tasneem Sayorwan said...

Benar sekali sis! hehe. Terima kasih <3

Humyrah said...

Ya, sayang di delete. Walaubagaimanapun, blog yang ni lebih mantap :)

siroth said...

layout tak brp betul...teks kt hujung dlm ruangan blog tk nampak