Tuesday, July 31, 2012

Ikan Laga ku Beranak | Part 1

Assalamualaikum wbt

Kali ini aku nak tulis pasal ikan laga pula. Tapi ikut pengalaman aku sahaja. Ikan laga ku nama Ghufran. Sudah empat bulan Ghufran bersama aku. Aku ni tak pasti sangat jenis-jenis ikan laga. Tak tahu pula si Ghufran ni Half Moon ke Full Moon ke apa. Tapi aku rasa Half Moon.



Masa aku beli Ghufran, dia seekor saja. Aku tengok dia buat buih punyalah banyak. Bila ikan laga jantan buat buih, itu bermakna dia ingin bersenyawa. Tapi aku tak cari-cari juga pasangan untuk dia. Sehingga aku ditegur oleh orang rapatku, berdosa buat macam tu kat Ghufran. Hari tu juga aku pergi cari pasangan untuknya.

Si Ghufran ni berwarna merah biru. Aku cari pasangan untuk dia warna pink gitu. Comel, kan? Pasangannya dia beri nama Zara'. Kecil sangat si Zara' nih. Tapi itulah yang aku rasa sesuai dengan Ghufran. 

Salah satu sebab kenapa aku tak cari-cari pasangan untuk Ghufran ialah banyak songehnya ikan ini nak beranak. Setakat yang aku baca dalam internet, kena guna daun tu daun ni.  Kena ada gelas plastik, kena ada pokok dan lain-lain. Aku pula jenis kemalasan sikit bab-bab barang banyak nih. 

Masa aku beli Zara', aku terus beli aquarium baru. Kecil sikit dari aquarium ikan oscar. 

Ikan laga ni tak boleh terus masukkan jantan dan betina sekali. Kena biar dia bertentangan mata dulu. Jadi aku letak Ghufran dan Zara' dalam aquarium besar tu. Tapi Zara' letak dalam balang kecil satu lagi. Mula-mula aku letak Ghufran dalam bekas kecil. Lupa pula yang dia perlukan ruang untuk buat sarang buih. 



Sepatutnya bagi ikan bertentangan mata sekurang-kurangnya tiga hari. Tapi aku tak sabar-sabar nak tengok mereka bekerja bersama, hehe. Jadi tak sampai separuh hari pun aku masukkan Zara' dalam tempat Ghufran. Masa tu aku tergelak tengok Ghufran gelabah. Ke sini ke sana, pening aku tengok si Ghufran. Si Zara' pula macam jual mahal. Tak peduli pun si jantan yang mengelabah tu. 2-3 jam juga Ghufran mengelabah, akhirnya aku asingkan kembali Zara' dan Ghufran.

Orang kata kena letakkan glass plastik supaya ikan jantan buat sarang bawah tu.. Aku letak juga. Tapi Ghufran tak buat pun sarang dalam tu. Aku pun naik konfius dengan ikan aku ni. Ghufran buat buih merata tempat. Itu bermaksud dia dah bersedia nak bersenyawa.

Oh, bukan ikan jantan sahaja perlu bersedia, kena tengok si dara pula bagaimana. Sekiranya ikan laga betina bersedia, boleh lihat pada badannya yang ada garis putih (tapi Zara' tak ada pun. Atau sebab dia dah berwarna pink jadi susah nak bezakan.) Selain garis pada badannya, tengok juga biji telur warna putih yang berada di bawah perutnya.

Lupa pula, masa asingkan ikan jantan dan betina itu, sebaiknya kurangkan tahap air. Sebab nanti bila telur dah keluar, ikan jantan akan kutip telur letak kat sarang tersebut. Sekiranya air terlalu dalam, bapa ikan akan kepenatan dan ia terlalu dalam untuk anak ikan yang akan dilahirkan nanti (Part ini nanti sambung entry seterusnya)

Dalam masa dua hari bertentangan mata, bila aku rasa kedua-dua pihak dah bersedia, aku masukkan Zara'. Macam biasa, Ghufran mengelabah. Ke sini sana.. Lama-lama dia dah mula kejar Zara' kejar punya kejar aku pun tak larat nak tunggu.

Sampai petang esok hari, aku tengok Ghufran sedang lilit badan Zara' dan telur-telur putih dah keluar. Teruja sangat masa tu! Lepas aku rasa telur dah keluar, aku asingkan Zara' sebab dia akan makan telur sendiri. Dalam masa yang sama Ghufran kutip telur-telur tersebut letak di sarang buih.




Zara' diasingkan dan diberi makan cukup. Ketika ini Ghufran perlu berpuasa. Telur kali ini tak banyak. 

Macam-macam aku buat tanpa ketahui. Aku kacau air dia, siap tiup-tiup buih tu lagi sebab nak tengok mana letaknya telur ikan.

Sebenarnya salah! Dan ya, kali pertama gagal memperoleh anak. Sebab apa? Sebabnya telur ikan laga perlu berada di dalam air yang tenang serta dipenuhi dengan pokok-pokok dan juga dalam bekas yang ditutup tidak berangin.

Maka kali pertama aku gagal membiakkan ikan laga.

Kali kedua? Insya Allah pada entry seterusnya.




16 comments:

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

salam tuan belog..

lepas nih blh jadi pakar ikan laga la yee...

salam ramsdhan utk kamu....

Shabania said...

ikan gala

Tasneem Sayorwan said...

Dear Pakcik d0tbl0gsp0td0tk0m,

Ahh.. Lama tak dengar khabaq. Haha. Moga-moga la yaa.

Salam Ramadhan kembali


Dear Kak Sha,

Eekekeke. Gala sangatt

bro be said...

Salan tas,
bnyak ke bela ikan

Tasneem Sayorwan said...

Dear Bro Be,

Ws'lam wbt. Tak banyak sgt. 100 ekor lebih je. haha

bro be said...

@Tas,
sya bru nak mla bla blek. Dulu prnah bla tpi tak tau biakan. Ni bru 3 mgu bla tpi dah 3 psang bertlor. 2 psang ptma tu fry dah bumor 7 hri. Fry bnyak gila. Yg 1 lgi klu ada rezeki hri ni mnetas la. Tu yg tgh cri tip2 pjagaan fry ni. Share apa2 yg bleh

Tasneem Sayorwan said...

Fry tu apa eh bro? Sarang eh? 7 hari tu macam terlalu lama. Biasanya 3-4 hari dorang dah menentas.

bro be said...

@ tas,
fry tu anak ikan laga. Boleh ke sya pgil awal tas aja. Dia menetas antara 24 jam hga 36 jam. Ni klu jdi tak larat nak bla kna bli aqurium bsar. Sya agarkan fry tu lbeh krang 200 ekor.

Tasneem Sayorwan said...

Panggil saya neem.

Beli je aquarium baru. Ikan laga lambat juga membesar. Umur dua bulan baru besar lubang straw.

Kalau dah amek keputusan utk membiakkan anak ikan laga.. Resiko kena cari aquarium baru. huhu..

bro be said...

@Neem.
Dulu sya ada 8 aqurium 4" dan 3". 7 sya bgi orang ni klu nak bli lgi mbazir la. Klu tpaksa bla dlm baldi plastic ha ha cri yg snang. Klu dah bsar bli cwan plastic. Neem bla ikan dlm bkas apa. 100 ekor tu bnyak. Bgi mkan apa cacing ke pallet.
Sya bla bru 17 ekor.

Tasneem Sayorwan said...

Tak bagi makan apa pun saya buh pokok2 je bagi depa cari makan sendiri.

bro be said...

@Neem,
entry ni awak asing ikan betina lps btlor. Mcmana awak tau btina tu dah kuarkan smua tlur? Cara sya, sya skodeng depa smpai btul2 dah tak kuar telor dan jntan mula attack ikan btina.
Sya guna cup polisen ptong rendah tbuk lubang kat tgh lelangit senang o2 msuk. Guna cup bueh tak bsepah.

Tasneem Sayorwan said...

saya asingkan masa betina dah mula makan2 telur. dalam masa 3 hari lepas tu saya lepaskan balik baru telur keluar banyak

bro be said...

@Neem,
Salam. Mula2 sya igat ikan betina tu mkan tlor rupa2 nya dia bntu hby dia msokan tlor dlm bueh. Sya biar kan dulu smpai 2 jam lbeh krang yg jntan dah mula agresive dan yg btina dah main jauh2 bru sya aleh kan. Telor dia bnyak gila.
Alhamdulilah mlm tdi dah menetas lgi

bro be said...

@Neem,
salam. Selamat hri rya.

aiman add said...

Assalammualaikum.betul ke betina makan telur?