Monday, November 18, 2013

Mengandung luar rahim | Ectopic Pregnancy

Bismillah..

Alhamdulillah, setelah 5 bulan bergelar isteri hari ini baru rajin nak update blog. Syukur pada Allah sebab masih lagi beri peluang kepada ku untuk hidup dan saat ini mampu menulis blog. Alhamdulillah

Sejak merancang untuk nikah sampai sekarang, aku dan suami ditimpa pelbagai ujian, dan yang paling berat bagi kami ialah aku disahkan mengandung luar rahim. Perjalanannya cantik dan Allah permudahkan segalanya. 

Tanda-tandanya sudah banyak tapi dalam masa yang sama keputusan UTP aku -ve tiga kali. Jadi aku tak syaklah yang aku mengandung. 

Sebelum ke hospital, aku asyik penat. Penat yang teramat, pening-pening juga. Bila rasa penat rasa nak muntah. Kemuncaknya pada bulan Ramadhan. Aku fikir mungkin sebab puasa campur dengan jadual aktiviti harian yang banyak menyebabkan aku penat.

26 July 2013 - Malam itu aku dan suami pulang ke Bangkok. Sebelum itu kami dijemput ke rumah sahabat suami untuk buka puasa. Family ini suami dan isteri dibesarkan di Mekah, jadi dah biasa dengan budaya sana. Kami dihidangkan dengan makanan-makanan Arab. Alhamdulillah sedap sangat. Malam itu setelah sampai ke Bangkok, aku sakit perut. Sakit sangat tapi fikir mungkin sebab tak makan nasi sebab tu jadi seakit perut. Maklumlah perut nasi kan. Ketika itu juga, haid aku lambat 3 hari. 

27 July 2013 - Aku sakit perut sangat. Mula-mula bawa suami pergi jalan-jalan Chatuchak, tapi sakit sangat sampai hampir tak boleh jalan. Aku buka puasa dan makan ubat gastrik. Tak ok juga. Suami ajak ke klinik, tapi degil tak pergi dan akhirnya "haid" datang. Maka, oh, dah tahu jawapan sengugut rupanya dalam hati (sebenarnya bukan period macam biasa)

28 July 2013 - Aku masih lagi sakit perut. Tapi sebab nak shopping, hohoh. Kuatkan hati juga pergi Chatichak. Hehe. Selepas itu sakit dah kurang sehingga "haid" datang dalam 9 hari. Selepas itu dah suci. 

Tahun ini Raya Aidilfitri di Kelantan. Kami drive balik, alhamdulillah. Tahun ini perjalanan macam biasa. Tak lama macam tahun-tahun lepas. 8-9 jam dah sampai. 

Dari Kelantan nak ke KL kami bergilir-gilir drive, aku drive sampai satu tahap pening kepala nak muntah. Suami aku tengah tidur, kesian dia.. Aku tak lara drive dan gerak dia sebab nak muntah. Dah lah aku memang jenis mabuk kereta. Jadi tak fikir pun tentang mengandung. 


17 Ogos 2013 - Hari ini hari sabtu. Aku bagun solat dan buat kerja rumah sekejap pastu sambung tidur. Bagun pukul 10 pagi sakit perutnya. Fikir lagi mungkin sebab makan lambat sebab tu sakit perut. Aku gagah juga bagun masak makaroni untuk breakfast. Lepas tu terkulai atas katil tak boleh nak bagun, sakit perut. Kebetulan hari itu juga kenduri sahabat baik aku. Kebetulan lagi suaminya adalah sahabat suami ku, jadi kot mana-mana pun aku akan pergi juga kenduri itu walaupun tak larat sangat. Suami tanya banyak kali, nak pergi ke, larat ke? Kalau tak larat jangan pergi.

Aku pergi jua. Sambil pegang perut, rindu sahabat-sahabat lama punya pasal jadi aku pergi. Ramai tanya, mengandung ke? Perut ada isi ke? Bila due dan lain-lain. Semua aku jawab, tak, ini gastrik. 

Balik dari kenduri suami ajak ke klinik. Serius aku tak larat jadi aku ikut saja pergi. Duduk atas kerusi, nak bagun pun sakit. Sampai nurse tanya, sembelit ke dik? 

Bila sampai doktor, doktor tekan-tekan perut. Ternyata aku bukan sakit kat tempat gastrik tapi sakit ke arah bawah-bawah. Doktor kata saya suspek apendiks bukan gastrik. Jadi doktor bagi reference letter ke hosp.

Selepas itu juga aku dan suami pergi hosp Sg. Buloh. Kami ke wad kecemasan, mujur, alhamdulillah, tak ramai orang ketika itu. Pendekkan cerita, aku diambil darah dan air kencing. Masa ambil air kencing, aku bleeding lagi. Rasa macam 2 minggu sebelum tu dah period. 

Aku disahkan mengandung. Eh, terkejut pun ada. Doktor kata "Puan, tahniahlah puan mengandung." Aku konfius sekejap jadi aku bagi tahu doktor tapi saya baru je bleeding? Doktor kata kalau keadaan macam ini takut ada something wrong. Kena pergi refer pakar sakit puan. 

Aku keluar dari bilik doktor dan mengadap suami. Sampaikan berita baik ini padanya. Suami aku macam tak percaya, tanya "Wallahi?" Aku jawab sambil menangis. Tiba-tiba je nagis, drama betul.

Selepas itu misi bawa kami ke klinik sakit puan. Dan aku diambil darah. Ultrasound dan apa ntah panggil tapi dia check dari rahim. Sakit teramat sampai menangis. Malam itu juga aku ditahan wad. 

Satu pengalaman berharga sebenarnya bila dah jadi macam ni. Ketika malam itu, misi datang dan minta pasang tiup air kencing. Katanya bila nak bedah esok kena pakai benda ni. Sakit teramat, tak tahu nak explain macam mana. Suami terus menunggu di luar. Kesian juga... Berkali-kali aku cakap pergilah balik rehat kat rumah. Tapi dia tak nak juga balik. 

Masa tu tengah tahan sakit teramat. Perasaan memang down. Sehingga aku tak larat, panggil misi minta nak jumpa suami. Hanya untuk dapat sokongan moral. 5 minit pun cukup. Ketika isteri/ suami kita sakit, penting untuk kita berada di sisi mereka.

Malam itu aku tak dapat tidur sebab sakit habis. Fikir macam-macam cara untuk buang tiup kencing, tak berjaya. Akhirnya tak tahan sangat, aku menangis sungguh-sungguh sebab sakit sehingga doktor buat keputusan perlu buang tiup (yeahh). Pukul 3 pagi, baru boleh tidur. 




18 Ogos 13 - Hari Ahad keesokkannya, aku tolak masuk bilik bedah. Dibius sepenuhnya dan akhirnya tak pasti berapa jam, aku selamat dibedah buang baby. Alhamdulillah, tiup falapio diselamatkan.. Masih lagi dihospital ketika itu. Keadaan tubuh baik dari masa ke semasa. Aku tak muntah, tak ada demam. Mampu berjalan ke tandas sendiri perlahan-lahan. Lepas keluar dari bilik bedah, aku batuk-batuk. Kena tahan perut dekat tangan. Doktor buat pembedahan secara teropong. Tebung tiga lubang diperut aku. 

Hari ini, dah 3 bulan aku bedah. Sakit masih terasa on-off. Semalam pergi jumpa doc, katanyanya usus melekat. 


Mengandung luar rahim ini akan ada peluang untuk jadi lagi. Doc pesan, sekiranya missed period, kena pergi terus hospital.

Itu saja.. Harap boleh bagi manfaat kat mereka yang senasib dengan aku. Insyallah, nanti ada rezeki anak tak ke mana. Teruskan berdoa! : )








9 comments:

Kusyuk said...

Indeed you're one strong woman neem, takziah atas lost tu tahniah atas nikmat kesembuhan tu :)

Robbunal yusalli, moga cepat-cepat sembuh sepenuhnya dan di beri rezeki cahaya mata..allahuma amiin

neem neem sempat lagi buat 'peace' tu ahah

Unknown said...

Alah mak risaunye,sy baru je lahirkan baby girl 4 bulan lalu dan sekarang missed period dh 5 hari.sebenarnya ini kelahiran bayi yg ke 3 secara pembedahan ceaser.dan sy juga dh mengikat rahim ( BTL ) sy juga ada rekod semasa melahirkan anak pertama ketika itu umur beliau setahun lebih sy disah kan mengandung tetapi mengandung di luar rahim..tapi kini sy cam rasa diri sy seolah2 sedang hamil lg,pening2,mual,malas macam2 la..x mungkin sy mengandung sedangkan sy dh melakukan BTL.

Tasneem Sayorwan said...

Dah cek ke puan Qartini? Kalau rasa mengaandung kena cepat2 pergi cek sebab kita kan ada risiko untuk mengandung luar rahim lagi

Mar Mansor said...

Pengalaman yg tidak semua org lalui

Tasneem Sayorwan said...

saya bersyukur dipilih utk mengandung luar rahim. alhamdulillah

Unknown said...

As salam puan..baca crite puan..terkenang diri sndiri..sy baru je kuar dri spital..ectopic prgnancy..belah kanan..tgn 2007..ectopic belah kiri..kiri 2 2 tiup da x de..dn sy x bole ngandung lg..hanya Allah yg tau..betapa sedihnye prasaan sy

Tasneem Sayorwan said...

Innalillahi wa innailaihirojiun.. Puan jangan bersedih. Insyallah ada hikmah disebalik semua ni. Sy pun takut. Setiap kali fikir mengandung saya fobia dgn mengandung luar rahim.. puan kuatkan hati ya. semua ini pasti ada hikmah disebaliknya.. puan jaga diri baik2

wema said...

Salam,saya masih belum pasti k.l.r...tp dah berkali2 gi scan tp tak nampak janin,ari ni perut sakit sangat kat peranakan,gi klinik,ckp kat doktor dah sebulan tak period,pastu cek kencing takde,ini kali ketiga scan,pastu doktor ckp kemungkinan k.l.r,didalam hati ni hanya tuhan yg tahu,tp nasib baik anak dah dua,ini yg ke3.tp saya ni jenis susah hamil,yg dua ni pun jarak 6 tahun,tanpa perancangan kehamilan...tetiba yg ke3 mcm ni pulak,doktor suruh gi hospital,tp mcm2 dlm kepala pikir..la ni saya berserah pd Allah

Tasneem Sayorwan said...

pergi cek lebih baik akak. bukan apa takut terjadi pendarahan. itu sangat bahaya.. nyawa terancam 50/50..