Saturday, November 29, 2014

List barang baby versi jimat :)

Assalamualaikum wbt

Nak tulis pasal barang-barang sambut baby. Terutamanya bagi yang sambut baby pertama. Biasanya akan excited sampai beli berlebih-lebih (Macam akulah). Keperluan kita mungkin berbeza-beza. Ini hanya mengikut pengalaman aku saja. 





Dah masuk 35 weeks tu bolehlah sediakan barang dalam bag. Letak dalam kereta terus supaya tak panic. Sedap je nasihat orang. Masa aku dulu leaking pukul 2 pagi masa tu juga baru nak packing ~_~

Barang -barang yang bagi aku satu keperluan dan tidak :

1. Baju 

 Paling banyak dalam 6 helai cukup kot untuk new born. Sebab biasanya orang akan bagi banyak baju kat baby. Kat situ pun boleh jimat dan :) Beli 3 lengan panjang, 3 lengan pendek.


2. Sarung tangan dan stokin

Sarung tangan tak payah banyak pun tak apa. Sebab pakai sekejap saja. Nanti bila dia dah pandai pegang-pegang tak perlu dah pakai sarung tangan. Macam aku dua bulan dah berhenti pakaikan sarung tangan kat anak.

Sarung kaki banyak tak apa. Boleh pakai sampai besar. Afrah dah nak masuk lima bulan pun aku still pakaikan stokin untuk dia. Dan alasan yang sama, nanti orang bagi hadiah :D kalau tak cukup boleh beli lagi. Beli dalam 6 dulu ke. Sekarang aku kira stokin anak, lebih dari 20 pasang. Beli dalam 4 saja yang lain orang bagi. Alhamdulillah. Hoho


3. Pampers new born

Depends nak jenama apa. Mungkin boleh beli yang murah-murah sebab awal-awal tu baby berak banyak. Kena tukar pampers mungkin dalam 8-10 kali sehari. Lagi pun nak elak dari anak kena ruam jadi kena selalu tukar pampers


4. Ubat ruam

Hari tu beli pureen. Tapi macam tak berkesan. Atau aku yang tak tahu cara nak guna. Pastu tukar kepada Bepathern. Itu pun yang hospital bagi. Heheh. Kecik je test sample punya. Kalau anak naik ruam, elakkan mandi dengan sabun. Sebelum buh ubat kena lap kering dulu tempat yang naik ruam. Bila dah buh ubat bagi meresap jap baru pakai pampers


5. Kain tuala/ kain lampin/ Kain untuk bedung/ bekung dan selimut

Sebenarnya boleh je pakai kain tuala yang ada kat rumah. Tapi kalau rasa nak beli special untuk anak pun tak ada hal.

Kain untuk bedung, tak perlu beli banyak. Nanti dia dah pandai keluarkan tangan dah tak guna dah.

Bekung (betul ke) aku beli tak banyak, Pakai sekejap saja. Sebab selalu jadi bekung dada... Last-last macam tak ada fungsi jadi stop pakai



6. Bekas buh barang baby.

Boleh DIY je. Cari kotak pastu balut dengan kertas hadiah. Tapi sekarang aku rasa macam nak beli rak baju yang pastik tu. Macam senang sikit nak buh barang. 


7. Minyak telon dan tuam

Minyak wajib ada :) Tuam boleh buat sendiri. Aku guna lada hitam :D panaskan dalam kuali pastu buh dalam kain ikat dengan getah. Hoho. Tapi lada hitam tak tahan lama sangat tapi wangii


8. Sabun mandi, baldi mandi dan sekali dengan getah tak bagi licin 

Nak senang beli yang boleh jadi shampoo pun ye. Sabun pun ye. Senang bila nak mandikan baby. Baldi beli yang besar sikit pun boleh. Nanti dia besar dalam 4 bulan ke atas boleh rendam-rendam air. Kalau kecik nanti tak muat kaki.

Losyen? Aku tak sapu-sapu pun losyen. Buh baby oil je sambil urut-urut baby



9. Sabun basuh baju baby

Kena guna sabun khas untuk baju baby. Sebab kulit baby ni sensitif.


10. Kelambu

Iya, kalau rasa rumah banyak nyamuk sila lah beli ye


11. Bantal baby/ Tilam

Pun keperluan. Tapi anak aku tidur berbantalkan kain-kain yang dilipat jadi bantal saja. Hee. Sampai sekarang tak suka tidur atas bantal melainkan lengan mamanya :D. Boleh juga guna saja toto yang ada kat rumah tu. Tapi basuh la dulu.


12. Pam susu, storage bag dan botol susu

Boleh beli ikut keperluan. Macam aku dah fully housewife. Jadi keperluan pam susu tak banyak sangat sebab tak ada buat stock. Hanya pam untuk anak kawan sikit. Jadi aku beli pam yang manual. Storage bag boleh tengok jenama fiffy ke. Murah. Dulu main beli jadi aku beli Avent. Mahal gila. sampai sekarang sanyang nak guna. Hhaha.

Bagi mak-mak yang akan kerja, boleh ajar anak dengan botol susu dan guna pam yang lebih exclusive. Jadi kena beli juga botol susu ye (part ni boleh study sendiri)


13. Ubat puting (in case puting melecet)

Boleh beli atau tunggu melecet dulu atau nak guna secara natural iaitu picit susu sendiri dan sapu tempat melecet. Atau gunakan madu sapu. Awal-awal mungkin susu tak banyak, jadi baby akan kepit puting dengan mulut. Sakit boleh sampai menangis. Kalau kena macam tu boleh rehatkan dulu bagi baby hisap. Kalau bengkak kena pam. Insyallah dengan cara pam tak sakit. 


14. Katil baby

Awal-awal memang excited nak beli katil. Tapi kebanyakan orang yang beli katil baby akhirnya katil jadi tempat sangkut baju. Sebab kita akan letih bila ada baby. Jadi kalau boleh tidur sambil menyusu je. Baby tidur dah malas nak gerak. Tapi (lagi) kalau takut akan ada accident, contoh kita tak sedar tutup muka baby ke, atau tertidur lengan atas baby atau apa-apa yang boleh memudaratkan dan katil itu keputusan yang terbaik, jadi sila lah beli.


15. Bra dan baju menyusu

Bra wajib ada. Baju menyusu boleh pakai jubah/ baju yang ada butang


Mungkin ada lagi tak tak tertulis. Ni hanya berdasarkan pengalaman aku kenapa perlu dan kenapa tidak. Bagi kita yang kena jimat ni, beli dulu apa-apa yang perlu. Selepas tu sikit-sikit boleh tambah. 


Ok dah sakit bahu taip ni sambil dukung budak kecik


Semoga Allah permudahkan kalian bersalin ^_^






Sunday, November 2, 2014

Bayi Berenang

Alhamdulillah. Hari ini kali pertama bawa Afrah berenang. 5 hari lagi Afrah masuk empat bulan, insyallah. Orang akan kata macam-macam. Air kotor lah nanti itu nanti inI. Aku tutup telinga saja dan aku yakin insyallah anak akan sihat kalau berenang. (pasal hadis Rasulullah saw suruh anak belajar berenang, aku sedang tunggu suami cari kesahihannya. Takutnya hadis palsu.. Silap besar kalau sandarkan atas nama nabi)



Hari ni mula dengan 20 minit dulu. Bawa Afrah turun dalam pukul 9.00 pagi. Masa tu air dah tak sejuk sangat. Di bawah ni antara persediaan yg aku buat.

Biasakan anak mandi air sejuk.

Afrah sebelum ni aku mandikan air suam. Basuh punggung air sejuk. Kalau air naik atas belakang je terus menangis. Haha. Jadi praktis dia mandi air sejuk. Mulakan dengan kaki dulu. Pastu tepuk-tepuk belakang dgn air. Lama-lama dia dah ok. Tapi kadang-kadang guna air suam juga sebab nak bagi dia rendam-rendam. Air rumah aku sejuk tambah lagi dekat dengan hutan ni.




Baju dan diapers berenang

Tak ada pun dua-dua. Pakai seluar pendek je. Hee. Sebab baju renang size kecil cari tak jumpa dan kalau ada pun mahal. Lagipun rasa macam kejap lagi nanti besar jadi tak pakai terus. Diapers pun sama. Kalau pakai yang biasa punya takut berat pula. Kalau dia kencing banyak pun dah berat kan. Lagi pun orang kata anak tak akan berak dalam air. Jadi tadi pakai seluar pendek je. Hee

Pelampung

Aku beli neck float tu dalam instagram. Harga dalam Rm18 + postage Rm6. Ada yang mahal sampai Rm35. Tapi yang Rm18 ni pun ok je selesa saja. Nak bagi Afrah biasa terapung dulu dalam air. Nak hilangkan rasa takut dia.

Oh ya, kalau anak takut jangan paksa dan kita kena yakin yang kita boleh selamatkan dia. Sebab anak boleh rasa sekiranya kita tak yakin. Yakinkan diri kita untuk yakinkan dia. Macam belit je ayat.

Mula-mula aku masukkan anak tanpa pelampung dulu. Biarkan dia bersama aku dan hilangkan rasa takut dia. Tapi muka dia macam confuse saja. Hehe. Lepas tu baru pakaikan dia pelampung. Aku lepaskan dia dalam air sambil pegang dia. Beberapa minit baru biarkan dia terapung sendiri.

Next session akan pakai pelampung juga. Nak suruh dia gerak-gerak tangan dan kaki sendiri dulu. Kalau keyakinan dia sampai tahap yang memuaskan, Insyallah boleh teruskan dengan cara yang lain.

Oh ya, satu lagi kena biasakan anak dengan air yang lalu di atas kepala. Tadi Afrah terkena percikan air di muka, dah lain dah reaksi dia. Haha. 

Boleh study dalam youtube. Orang putih ajar anak berenang sejak kecil. Sebab tu mereka semua pandai berenang. Jeless

Wednesday, October 15, 2014

Tudung Chiffon bidang 55

Bismillah.

Salam alaik.

Tudung baru :)

Bidang 55

Rm30 tidak termasuk kos penghantaran

Berminat boleh whatsapp untuk order ya

013-3324398











Friday, August 22, 2014

Pengalaman Bersalin

Alhamdulillah.


Aku selamat melahirkan anak sulong pada 7.7.14. Alhamdulillah. Kini aku bergelar seorang ibu. Eh. Macam cepat je. Masa mengandung dulu aku selalu baca-baca blog orang lain untuk buat persediaan. Banyak membantu, alhamdulillah. Jadi aku nak tulis juga supaya boleh membantu bakal ibu yang lain walaupun sedikit. Gigih tak gigih aku tulis post ni dengan hp sambil dukung baby. Alasan jerr.



Baby nama Afrah bt. Azmir Azri. Berat 2.2 kg. Dilahirkan pada minggu ke 36 di Putra Medical Center, Sg. Buloh oleh doktor Ratna. 



Orang kata waktu bersalin kita akan ikut ibu masing-masing. Aku tanya doc, doc kata tidak semestinya. Dan ternyata pengalaman aku membuktikan yang kata-kata doc adalah benar. Ibu aku bersalin kami adik beradik cukup 40 minggu. Tapi aku lahirkan Afrah awal iaitu minggu ke 36.



Minggu ke 35 braxton hicks aku makin kerap campur pulak dengan cirit birit. Rasa macam dekat sangat dah nak bersalin tapi pujuk hati lambat lagi kot. Cirit birit tak henti. Hari-hari mak suruh jumpa doc tapi aku malas. Sampai 4 hari cirit birit akhirnya aku ajak suami jumpa doc. Takut bahaya baby. 



Doc kata baby tak betul-betul engage lagi. Aku pun macam lega tapi hati rasa akan bersalin awal juga. Mak beli tiket flight ahad 13hb dari bangkok. Mula-mula nak beli 6hb. Since aku rasa macam akan bersalin awal tapi mungkin dalam week 37 tambah tiket mahal jadi mak beli tiket lambat seminggu.



Dalam week tu aku dah tak boleh tidur malam. Sekali aku bangun pukul 2 pagi nak masuk tandas tiba-tiba rasa keluar air. Eh. Air apa. Jalan sikit keluar air. Hah. Sah air ketuban ni. Jadi aku bagun makan nasi. Kemas-kemas barang aku dan baby. Gosok jubah bagai siap-siap nak ke hosp. Ingat nak pergi lepas sahur. Sebab tak sakit dan kalau air ketuban dah pecah kena reach hosp dalam masa 24 jam. Pukul 2.30 pagi pula dah keluar darah. Risau takut anak kena jangkitan kuman, aku gerak suami. Pukul 3 pagi sampai hosp. Alah, dekat je rumah dengan hosp. Tapi suami panic punya pasal dia bawa kereta laju masa pagi tu. Haha.



Sampai hosp cek bukaan dah 4 cm. Terus kena tidur dalam wad. Doc datang kata kot mana-mana pun kena bersalin hari ini juga. Bila dah masuk wad, tak boleh tidur juga sampai pagi. Dalam keadaan leaking tu juga aku solat. Selagi tak bersalin, maka darah yang keluar tak dikira sebagai darah nifas. Boleh rujuk balik kat mana-mana kitab. Ni aku tulis untuk ringkasan saja. 



Masuk wad, macam-macamlah. Masuk ubat untuk berak. Cucuk antibiotic untuk baby dan macam-macam. 



Pukul satu tengah hari masuk labour room. Sakit makin bertambah. Tapi masih boleh bual-bual lagi. Sebenarnya sampai satu tahap aku dah tak tahu masa. Sebab tak ada jam dalam labour room dan aku pun tak pakai jam. Sakit makin terasa, nurse tanya nak ubat tahan sakit tak? (Bukan epidural) rasa macam tak larat padahal sakit lepas tu lagi sakit T________T huhuuu



Lepas ambil ubat tahan sakit, aku tidur. Lepas bagun, memang dah lali sangat. Solat zohor belum lagi. Jadi aku bertayammum dan solat. Dalam keadaan mata tak boleh buka. Tak boleh nak jalan dah rasa sebab makin sakit. Solat juga mana tahu mati jap lagi ~_~ Aku bersyukur dapat suami yang pentingkan solat. Dalam keadaan sakit macam mana pun dia akan ingatkan waktu solat aku. Solat lah walaupun tak larat. 



Masuk petang tu sakit makin bertambah. Ketika tu ummi dah sampai hospital. Ummi datang bual-bual untuk hilang sakit aku. Ummi pesan jangan sebut "aduh". Sebut Allah sokmo. Allah, Allah, Allah. Selalu baca doa. Contraction makin terasa. Macam setiap 5 minit. Sakitnya Ya Allah. Dalam masa yang sama juga aku kena seluk lagi =__________= rasa macam tak larat. Sampai tanya nurse boleh bagi ubat tahan sakit lagi tak sebab dah tahan. Nurse kata tak boleh dah, kalau nak kena amek dalam masa 12 jam pula. Nak amek epidural mahal la pula RM900 kot. Tak apalah tahan saja. Masa tu juga baby tak turun sepenuhnya lagi. Adoi. 



Kini contraction dah bertambah setiap seminit. Nak nagis dah. Suami masuk. Sebelum tu ummi kata jangan manja. Kalau duk dengan suami biasanya akan manja. Huaa.. Memangla. Sakitttt gila contraction setiap seminit. Dah tak boleh nak cakap dah. Rasa nak tendang orang pun ada. Suami kat tepi bagi semangat. Macam-macam kata. Setiap kali nurse masuk aku tanya tak boleh bersalin lagi ke. Rupa-rupanya budak kecik tu tak turun bawah juga tapi kepala dah bengkak. Boleh tak bayangkan perasaan nak teran sangat tapi nurse kata tahan dulu. Orang kata sakit macam sembelit, tapi lagi dasyat dari sembelit kot.



Aku penat sangat. Sakit entah dari pukul berapa lagi. Sampai jantung lemah so kena pakai oksigen. Rasa bila pakai oksigen lagi lemah aku rasa. Dan tak pandai teran. Biarlah orang pesan macam-macam pun masa tu dah tak ingat apa. Kepala baby dah keluar tapi masuk balik. Aku tak larat nak teran akhirnya doktor gunting. Huahuahua. Adoi. Tapi tak rasa pape pun gunting rasa nak beranak lagi sakit. Lepas gunting kena vacum pula.



Lepas tu alhamdulillah baby keluar. Doktor letak baby kat dada dan suruh pegang. Aku pegang baby. Sekejap je dan nurse letak baby kat tempat bersih. Itu yang aku nampak dan terus pengsan. Jahit ke apa dah tak sedar. Selepas beberapa minit aku sedar. Dan dipindah ke wad.



Eh panjang lagi cerita sebenarnya. Malam tu nurse tak datang hantar anak pun. Padahal awal-awal tu dah sign untuk fully breastfeeding. Aku pun hairan. Takkan lah anak tak minum kot. Jadi tidurlah dulu sambil tunggu. Tapi penat sangat sampai pagi aku tidur. Pagi tu juga suami pergi tanya nurse kenapa tak hantar anak.



Alasan dia sebab nak bagi mak rehat jadi sudah bagi baby minum susu formula. Sedih sangat first susu anak ialah susu fm bukan susu ibu. Tapi tak apa jadi pengalaman untuk next anak. Insyallah.



Ada lagi cerita kisah kuning Afrah. Nanti rajin tulis pula insyallah 

Hari ni Afrah dah 46 hari. Berat dari 2.2 kg sekarang berat 4 kg wohoo. Percaya pada susu ibu ;) anak sihat insyallah.


Selamat bersalin kepada yang baca. Banyakkan bersabar. Anda boleh lakukannya!




Tuesday, June 24, 2014

Hamil 34 Minggu

Bismillah. 

Alhamdulillah. Hari ini dah hamil 34 minggu 5 hari. Dua hari lagi, Insyallah akan masuk 35 minggu. Semoga Allah permudahkan saat akhir. 

Ini kandung ke dua ku (Kandungan pertama, mengandung luar rahim) tapi anak sulong. Aku yakin ramai akan sentiasa google-google untuk baca pengalaman orang lain pada setiap minggu. Salah satu website yang aku suka baca ialah babycenter.


Allah banyak permudahkan kandung aku pada kali ini. Alhamdulillah. Penat tu biasalah. Tak boleh lari dah. 

Masa minggu ke 33, baby sepatutnya berat 1.7 kg. Tapi baby aku 1.5 kg masa tu. Sekarang doktor buat appointment setiap dua minggu. Minggu lepas, 34 minggu berat sudah balik ke berat normal, iaitu 2.2 kg. Alhamdulillah. Doktor kata takut tak cukup zat. 

Ketika ini kena makan makanan sihat. Banyakkan makanan yang bersumberkan protien. Mak pesan suruh makan telur setiap hari. 

Selain itu, kena rajin makan kurma : ) Aku baca dalam buku Quran dan Sains, kajian dibuat ke atas 2 golongan ibu mengandung. Kumpulan pertama diberi kurma selama sebulan sebulan sebelum bersalin. Kumpulan ke dua tidak. Didapati kumpulan pertama lebih bertenaga dan lebih mudah untuk bersalin. Kajian ini juga dilakukan berdasarkan kisah Mariam yang nak bersalin.

Aku tak banyak pantang larang. Aku lebih yakin pada naluri hati. Orang kata tak boleh tu tak boleh ini. Macam-macam. Aku hanya iya-kan saja tapi ikut apa yang aku nak dan google juga dalam masa yang sama. Dan alhamdulillah, setakat ini selepas buat details scan baby sihat. Doktor kata, tembamnya pipi!

Kepala baby pun dah turun ke bawah, alhamdulillah. Boleh rasa perut sebelah kanan lebih kembung. Mesti punggung si kecil kat situ!

Cuma minggu ini badan asyik angin. Malam-malam tak boleh tidur. Mula-mula angin biasa-biasa, ada orang cadangkan buh minyak angin kt tapak kaki dan pakai stokin. Tapi mungkin sebab aku nak demam jangkit dengan suami, malam-malam itu aku makan ubat demam dan slesema sekali. Memang tidur lena. Lepas dah ok sikit, angin kembali kuat sehingga bila makan atau minum boleh rasa angin tolak ke atas. Baring pun tak boleh sebab sakit dada. Dan aku boleh muntah tiba-tiba tanpa isyarat. Tak mual. Selalunya batuk dan terus muntah. Haha.

Tak tahan sangat, aku ke klinik. Doktor bagi ubat angin, air tenaga, ubat sakit perut (sebab aku senak kat tempat bedah dulu). Dan aku juga makan gaviscon. Alhamdulillah hari ini dah ok.

Itu saja pengalaman yang boleh kongsi setakat ini. Doakan semoga Allah permudahkan bersalin : )

Terima kasih suami walaupun tak sihat tapi kalau aku gerak malam-malam minta tolong dia urut belakang pun dia bagun je. Walaupun sambil-sambil urut pastu tertidur balik. Haha. I love you


Wednesday, June 11, 2014

Tudung Chiffon Bidang 55

Bismisllah

Yeah, aku dah resign dengan jayanya. Sekarang buat kerja sendiri sambil bersedia jadi ibu dan nak jaga anak sendiri. 

Jadi aku jual tudung bidang 55 kain chiffon. Semua ni import dari Bangkok

Sehelai RM30 + kos penghantaran

Borong 8 helai ke atas, RM20 sehelai + kos penghantaran

Sekodi (20 helai) RM 19 + kos penghantaran. 

Berminat boleh whatsapp +60133324398 untuk tengok corak-corak. Insyallah banyak lagi kain yg ada. 

Ini antara tudung-tudung yang ada. Banyak lagi coraknya : )


















Terima kasih : )

Bismillah. 

Alhamdulillah. Hari ini gagahkan diri juga untuk menulis blog. Masa urusan nikah hari tu pun nak tulis tapi saya tak tulis-tulis pun sehingga sebenarnya lebih kurang saya dah lupa cara urusan nikah di Kelantan. Har har harr

Mungkin yang baca ini tak tahu latar belakang saya. Sedikit info, saya adalah warganegara Thai dan menikah dengan suami saya yang asal dari Kelantan. Pernikahan dilakukan di Kelantan juga. Urusan nikah di Kelantan juga lain dari negeri yang lain. Masa kursus kahwin, saya tanya ustaz-ustaz situ dan mereka tak dapat jawab soalan saya. Sehingga saya ke JAIS Shah Alam pun tak dapat jawapan. Akhirnya segala-galanya selesai di Kelantan.



Ok, post ini bukan pasal urusan nikah. Tapi pasal urusan Visa. Tapi sekiranya ada yang nak tahu, bolehlah email atau inbox FB saya. Nanti saya akan kongsi dokomen-dokumen yang saya ada. 

Spouse Visa atau Long term visa ni untuk orang macam saya. Yalah, kalau kita nak berada di Malaysia lebih daripada sebulan kita kena ada visa selain social visa iaitu sama ada visa belajar, visa kerja atau visa kahwin (ye kot)

Setahu saya, visa nikah boleh apply juga sekiranya seseorang itu telah bekerja di Malaysia. Tapi dalam kes saya, saya resign dulu baru apply visa. Memang niat nak resign dan kerja sendiri. Lagi satu, company yang saya masuk tu banyak sangat masalah sampai saya berusaha untuk tidak berkomunikasi dengan mereka. Mereka guna bahasa English India dari negara India.. Memang tak faham kalau cakap phone. Lol. 

Selepas saya resign, saya kena keluar negara dulu. Kena keluar sekurang-kurang 4-5 hari. Masuk balik dengan visa social iaitu tempoh selama sebulan. Biasanya immigresen akan tanya kenapa masuk balik dan lain-lain. Sebaik-baiknya sediakan document terus. Masa saya, saya sediakan kad nikah saya dan tunjuk pada pegawai. Dan beliau lepaskan saya. Alahai.. Sebenarnya malas betul cakap pasal immigresen ni hati saya terluka =='

Masuk saja Malaysia, urusan ini kena cepat-cepat buat. Dalam seminggu tu juga saya ke Shah Alam. Depends kalian nak buat kat mana. Saya ke sana seorang dan ambil borang. Kalau pergi hari jumaat, make sure sampai ke sana awal. Hari tu saya pergi hari Jumaat dah lewat sebab ada urusan lain. Cari parking lagi, cari tempat lagi.. Sampai-sampai 12.10 tengah hari, mereka dah tutup pintu. Dan akan buka balik pada pukul 2.45 petang. Rasa nak pengsan! Tak kan nak tunggu sampai 2-3 jam semata-mata nak ambil borang. Saya tunggulah juga sekejap. Pastu pegawai keluar terus saya cakap kat dia, "Encik, minta tolong. Saya nak borang je untuk apply spouse visa" Nasib baik jumpa orang baik, alhamdulillah. Beliau tolong saya dan terus saya balik rumah. 

Ini adalah antara borang yang diperlukan. Boleh refer website http://www.imi.gov.my/index.php/en/main-services/pass/7-perkhidmatan-utama/278-required-documents :

Tapi saya tak ambil dalam website. Saya terus pergi ke Shah Alam dan minta borang. Ada beberapa borang di bawah ini saya tak ada dan tak submit pun. 

L. Spouse of Malaysian citizen
1.    2 sets of Form Imm.55
2.    2 sets of Form Imm.38
3.   Form Imm.12
4.    Malaysian Sponsor Statement form
5.    Husband's and wife's particulars form
6.    Additional information form

  1. Security Bond which has been stamped with a RM10.00 revenue stamp

8.    Statutory Declaration of marriage is still in effect
9.    2 passports size photographs of husband and wife
10. Photocopy of husband's/wife's birth certificate
11. Photocopy of husband's/wife's Identification Card
12. Photocopy of Marriage Certificate (marriage abroad)
13. Photocopy of Malaysian Marriage Certificate
14. Photocopy of Divorce/Death Certificate (if applicable)
15. Wedding photographs
16. Photocopy of children’s birth certificates
17. Trading License/ROC form/Form J (Proprietor)
18. Supporting letter from employer (Employee)
19. Income statement (Form J/bank book/3 months salary slip)
20. Residential address
21. Photocopy of husband's/wife's passport

Jadinya, saya dan suami isi semua borang-borang yang diperlukan. Ada beberapa borang yang perlu mendapatkan pengesahan dari Suruhanjaya Sumpah dan Stam sucurity bond di HASIL. 

Suruhanjaya Sumpah di bangunan PKNS tu ada. HASIL pun ada dekat-dekat itu boleh jalan kaki 5 minit. 

Nak jadikan cerita, masa tu saya siapkan document. Print gambar semua, suami saya ada taklimat di JAIS. So saya pergi Suruhanjaya Sumpah pakcik tu comel dan baik je. Dia suruh bawa suami dan dia cek document saya. So ada satu borang security bond, maklumlah English tak pandai. Saya ada tanya kawan saya pun dia kata dia tinggal saja part tu. So pakcik yang baik hati tadilah tolong isi. Tapi kena bayar RM5. Hoho. Jadi saya nak bagitahu kat sini siap-siap jadi kalian tak payah kena macam saya. Jimat RM5 ok. Boleh letak kat tabung masjid. 

Jadi security bond ni kena isi oleh warganegara iaitu suami saya. So pakcik tu tulis lebih kurang macam bawah ini. Tapi kalau malas nak tulis takut salah bagai, minta tolong suruhanjaya sumpah yang isi dan bayarlah RM5-6

SECURITY BOND
(REGULATION 18)

WHEREAS it is a condition of the issue of a Long Term Social Visit Pass to me / the said nama suami/isteri bukan wargangera of (address) Thailand/ Indonesia/ Singapore dll (PASSORT : AB123456) furnished by me/ on behalf of the said nama suami/isteri bukan wargangera  security in the sum of RM (yang ini pakcik tu tak isi) as a guarantee that I/ the said nama suami/isteri bukan wargangera Regulations made there under and with any conditions of the Ordinance and of any Regulations made there under and with any conditions Imposed In respect of or instructions endorsed on such social/ visit pass.
                
         Now I, nama suami/ isteri warganegara NRIC No 123456-78-9009 of (address) (alamat yang sekarang. Kalau beza dari IC suami. Bawa apa-apa bukti contoh bill air/ api) do hereby bind myself that I/ the said nama suami/isteri bukan wargangera will comply with the previsions of the above Ordinance and of any regulations made there under and with any conditions imposed In respect of or Instructions endorsed on such social/ visit pass.

                AND in case of my/ the said nama suami/isteri bukan wargangera making default therein, I hereby bind myself to forfelt to the Government if Malaysia the sum of RM (yang ini pakcik tu tak isi) Which I do hereby deposit with the Government of Malaysia vide Receipt No (yang ini pakcik tu tak isi)
Date this : (contoh tarikh) 17 Day of March year 2014 at Shah Alam/ nama tempat yg korang buat visa in the State of Selangor

Singature of the above named
Tanda tangan suami/isteri warga negara

Satu lagi insiden, surat beranak suami saya hilang dan ini adalah wajib sebab masa submit semua borang tu pegawai ada tanya mana surat beranak suami awak? Jadi kami ke JPN berdekatan tak ingat seksyen berapa sila google dan alhamdulillah dalam masa sejam lebih tu juga dapat retrieved surat beranak. 

Kami rush balik ke PKNS Shah Alam dan tak sempat.. Counter nombor dah tutup. Jadi esokkan hari saya pergi PKNS sekali lagi. Kali ini pergi seorang, suami tak perlu ikut. Masa untuk mereka proses adalah selama seminggu. Esok saya kena pergi pula Shah Alam. Huuuu

Jadi, jumlah yang saya kena bayar semua adalah sebanyak RM890.00

JP Visa (tak pasti visa apa) RM500
Security bond RM300 - Security bond ni lain negara lain harganya. So boleh juga google.
Pas RM90

Tahun-tahun akan datang kena bayar RM90 setahun. Kali pertama ni je agak costly sikit. 

Ada kawan saya nak kahwin dengan orang Brunei dan beliau tanya macam mana caranya. Saya rasa, kena ikut apa yang Brunei nak. Mungkin ada beberapa document yang perlu sokongan/ pengesahan dari pihak kerajaan Malaysia. Itu kena tengok keadaan. Kalau nak menetap di Malaysia baru kena tahu apa procedure yang diperlukan di sini. 

Satu lagi soalan yang selalu dapat, kena cooling period tak bila nak tukar visa? Contoh nak cancel visa belajar/ kerja dan nak tukar ke visa kahwin? Pengalaman saya tak kena ada waktu cooling period :)

Rumusan apa yang patut kita buat ialah :

1. Walk in ke immigresen. Minta borang. Tanya apa yang tak faham.

2. Pastikan anda mempunya visa. Sama ada visa social dan lain-lain. Janganlah dah dekat nak tamat visa social/ belajar/ kerja baru nak apply visa kahwin.

3. Atau kalau tak nak apply masa ada visa kerja/ belajar, ada duit lebih rasa nak balik kampung boleh keluar dari Malaysia setelah visa habis dan masuk semula menggunakan visa social. Ops, pastikan sebelum masuk sediakan bukti-bukti yang kita telah berkahwin dengan warganegara ye. Kalau tak jenuh nak jawab. 

4. Pastikan passport anda valid. At least setahun. Kalau kurang dari tu sila ke embassy masing-masing untuk renew passport ye.

5. Sediakan segala borang yang diminta oleh imigresen DENGAN LENGKAP. Tak lengkap, kena rejek. Buang masa

6. Pergi imigresen seawal mungkin kalau nak urusan tu cepat. Kalau boleh solat subuh dengan tempat yang berdekatan dan tunggu je depan imigresen tu haaaaa

7. Sediakan duit at least RM1.5k. Lain negara lain harga lain procedure. Tapi mula-mula tu lebih kurang je


Kalau nak contact saya whatsapp terus ke 013-3324398 

Sesiapa yg ada pengalaman, bolehlah kongsi kat komen ya. Sama-sama kita bantu. Post ni dah hampir 3k orang baca.

Harap dapat bantu. 

(Bekam wanita area Damansara/ Subang/ PJ/ Sg. Buloh)