Bismillah.
Alhamdulillah. Hari ini gagahkan diri juga untuk menulis blog. Masa urusan nikah hari tu pun nak tulis tapi saya tak tulis-tulis pun sehingga sebenarnya lebih kurang saya dah lupa cara urusan nikah di Kelantan. Har har harr
Mungkin yang baca ini tak tahu latar belakang saya. Sedikit info, saya adalah warganegara Thai dan menikah dengan suami saya yang asal dari Kelantan. Pernikahan dilakukan di Kelantan juga. Urusan nikah di Kelantan juga lain dari negeri yang lain. Masa kursus kahwin, saya tanya ustaz-ustaz situ dan mereka tak dapat jawab soalan saya. Sehingga saya ke JAIS Shah Alam pun tak dapat jawapan. Akhirnya segala-galanya selesai di Kelantan.
Ok, post ini bukan pasal urusan nikah. Tapi pasal urusan Visa. Tapi sekiranya ada yang nak tahu, bolehlah email atau inbox FB saya. Nanti saya akan kongsi dokomen-dokumen yang saya ada.
Spouse Visa atau Long term visa ni untuk orang macam saya. Yalah, kalau kita nak berada di Malaysia lebih daripada sebulan kita kena ada visa selain social visa iaitu sama ada visa belajar, visa kerja atau visa kahwin (ye kot)
Setahu saya, visa nikah boleh apply juga sekiranya seseorang itu telah bekerja di Malaysia. Tapi dalam kes saya, saya resign dulu baru apply visa. Memang niat nak resign dan kerja sendiri. Lagi satu, company yang saya masuk tu banyak sangat masalah sampai saya berusaha untuk tidak berkomunikasi dengan mereka. Mereka guna bahasa English India dari negara India.. Memang tak faham kalau cakap phone. Lol.
Selepas saya resign, saya kena keluar negara dulu. Kena keluar sekurang-kurang 4-5 hari. Masuk balik dengan visa social iaitu tempoh selama sebulan. Biasanya immigresen akan tanya kenapa masuk balik dan lain-lain. Sebaik-baiknya sediakan document terus. Masa saya, saya sediakan kad nikah saya dan tunjuk pada pegawai. Dan beliau lepaskan saya. Alahai.. Sebenarnya malas betul cakap pasal immigresen ni hati saya terluka =='
Masuk saja Malaysia, urusan ini kena cepat-cepat buat. Dalam seminggu tu juga saya ke Shah Alam. Depends kalian nak buat kat mana. Saya ke sana seorang dan ambil borang. Kalau pergi hari jumaat, make sure sampai ke sana awal. Hari tu saya pergi hari Jumaat dah lewat sebab ada urusan lain. Cari parking lagi, cari tempat lagi.. Sampai-sampai 12.10 tengah hari, mereka dah tutup pintu. Dan akan buka balik pada pukul 2.45 petang. Rasa nak pengsan! Tak kan nak tunggu sampai 2-3 jam semata-mata nak ambil borang. Saya tunggulah juga sekejap. Pastu pegawai keluar terus saya cakap kat dia, "Encik, minta tolong. Saya nak borang je untuk apply spouse visa" Nasib baik jumpa orang baik, alhamdulillah. Beliau tolong saya dan terus saya balik rumah.
Ini adalah antara borang yang diperlukan. Boleh refer website http://www.imi.gov.my/index.php/en/main-services/pass/7-perkhidmatan-utama/278-required-documents :
Tapi saya tak ambil dalam website. Saya terus pergi ke Shah Alam dan minta borang. Ada beberapa borang di bawah ini saya tak ada dan tak submit pun.
L. Spouse of Malaysian citizen
1. 2 sets of Form Imm.55
2. 2 sets of Form Imm.38
3. Form Imm.12
4. Malaysian Sponsor Statement form
5. Husband's and wife's particulars form
6. Additional information form
- Security Bond which has been stamped with a RM10.00 revenue stamp
8. Statutory Declaration of marriage is still in effect
9. 2 passports size photographs of husband and wife
10. Photocopy of husband's/wife's birth certificate
11. Photocopy of husband's/wife's Identification Card
12. Photocopy of Marriage Certificate (marriage abroad)
13. Photocopy of Malaysian Marriage Certificate
14. Photocopy of Divorce/Death Certificate (if applicable)
15. Wedding photographs
16. Photocopy of children’s birth certificates
17. Trading License/ROC form/Form J (Proprietor)
18. Supporting letter from employer (Employee)
19. Income statement (Form J/bank book/3 months salary slip)
20. Residential address
21. Photocopy of husband's/wife's passport
Jadinya, saya dan suami isi semua borang-borang yang diperlukan. Ada beberapa borang yang perlu mendapatkan pengesahan dari Suruhanjaya Sumpah dan Stam sucurity bond di HASIL.
Suruhanjaya Sumpah di bangunan PKNS tu ada. HASIL pun ada dekat-dekat itu boleh jalan kaki 5 minit.
Nak jadikan cerita, masa tu saya siapkan document. Print gambar semua, suami saya ada taklimat di JAIS. So saya pergi Suruhanjaya Sumpah pakcik tu comel dan baik je. Dia suruh bawa suami dan dia cek document saya. So ada satu borang security bond, maklumlah English tak pandai. Saya ada tanya kawan saya pun dia kata dia tinggal saja part tu. So pakcik yang baik hati tadilah tolong isi. Tapi kena bayar RM5. Hoho. Jadi saya nak bagitahu kat sini siap-siap jadi kalian tak payah kena macam saya. Jimat RM5 ok. Boleh letak kat tabung masjid.
Jadi security bond ni kena isi oleh warganegara iaitu suami saya. So pakcik tu tulis lebih kurang macam bawah ini. Tapi kalau malas nak tulis takut salah bagai, minta tolong suruhanjaya sumpah yang isi dan bayarlah RM5-6
SECURITY BOND
(REGULATION 18)
WHEREAS it is
a condition of the issue of a Long Term Social Visit Pass to me / the said nama
suami/isteri bukan wargangera of (address) Thailand/ Indonesia/ Singapore
dll (PASSORT : AB123456) furnished by me/ on behalf of the said nama
suami/isteri bukan wargangera security
in the sum of RM (yang ini pakcik tu tak isi) as a
guarantee that I/ the said nama suami/isteri bukan wargangera Regulations
made there under and with any conditions of the Ordinance and of any Regulations
made there under and with any conditions Imposed In respect of or instructions
endorsed on such social/ visit pass.
Now I, nama suami/ isteri warganegara NRIC No 123456-78-9009 of (address) (alamat yang sekarang. Kalau beza dari IC suami. Bawa apa-apa
bukti contoh bill air/ api) do hereby bind myself that I/ the said nama suami/isteri bukan wargangera will comply with the previsions of the above
Ordinance and of any regulations made there under and with any conditions
imposed In respect of or Instructions endorsed on such social/ visit pass.
AND in case of my/
the said nama suami/isteri bukan wargangera making
default therein, I hereby bind myself to forfelt to the Government if Malaysia
the sum of RM (yang
ini pakcik tu tak isi) Which
I do hereby deposit with the Government of Malaysia vide Receipt No (yang ini
pakcik tu tak isi)
Date this : (contoh
tarikh) 17 Day of March year 2014 at Shah Alam/ nama tempat yg korang buat visa in the State of Selangor
Singature of
the above named
Tanda tangan suami/isteri warga
negara
Satu lagi insiden, surat beranak suami saya hilang dan ini adalah wajib sebab masa submit semua borang tu pegawai ada tanya mana surat beranak suami awak? Jadi kami ke JPN berdekatan tak ingat seksyen berapa sila google dan alhamdulillah dalam masa sejam lebih tu juga dapat retrieved surat beranak.
Kami rush balik ke PKNS Shah Alam dan tak sempat.. Counter nombor dah tutup. Jadi esokkan hari saya pergi PKNS sekali lagi. Kali ini pergi seorang, suami tak perlu ikut. Masa untuk mereka proses adalah selama seminggu. Esok saya kena pergi pula Shah Alam. Huuuu
Jadi, jumlah yang saya kena bayar semua adalah sebanyak RM890.00
JP Visa (tak pasti visa apa) RM500
Security bond RM300 - Security bond ni lain negara lain harganya. So boleh juga google.
Pas RM90
Tahun-tahun akan datang kena bayar RM90 setahun. Kali pertama ni je agak costly sikit.
Ada kawan saya nak kahwin dengan orang Brunei dan beliau tanya macam mana caranya. Saya rasa, kena ikut apa yang Brunei nak. Mungkin ada beberapa document yang perlu sokongan/ pengesahan dari pihak kerajaan Malaysia. Itu kena tengok keadaan. Kalau nak menetap di Malaysia baru kena tahu apa procedure yang diperlukan di sini.
Satu lagi soalan yang selalu dapat, kena cooling period tak bila nak tukar visa? Contoh nak cancel visa belajar/ kerja dan nak tukar ke visa kahwin? Pengalaman saya tak kena ada waktu cooling period :)
Rumusan apa yang patut kita buat ialah :
1. Walk in ke immigresen. Minta borang. Tanya apa yang tak faham.
2. Pastikan anda mempunya visa. Sama ada visa social dan lain-lain. Janganlah dah dekat nak tamat visa social/ belajar/ kerja baru nak apply visa kahwin.
3. Atau kalau tak nak apply masa ada visa kerja/ belajar, ada duit lebih rasa nak balik kampung boleh keluar dari Malaysia setelah visa habis dan masuk semula menggunakan visa social. Ops, pastikan sebelum masuk sediakan bukti-bukti yang kita telah berkahwin dengan warganegara ye. Kalau tak jenuh nak jawab.
4. Pastikan passport anda valid. At least setahun. Kalau kurang dari tu sila ke embassy masing-masing untuk renew passport ye.
5. Sediakan segala borang yang diminta oleh imigresen DENGAN LENGKAP. Tak lengkap, kena rejek. Buang masa
6. Pergi imigresen seawal mungkin kalau nak urusan tu cepat. Kalau boleh solat subuh dengan tempat yang berdekatan dan tunggu je depan imigresen tu haaaaa
7. Sediakan duit at least RM1.5k. Lain negara lain harga lain procedure. Tapi mula-mula tu lebih kurang je
Kalau nak contact saya whatsapp terus ke 013-3324398
Sesiapa yg ada pengalaman, bolehlah kongsi kat komen ya. Sama-sama kita bantu. Post ni dah hampir 3k orang baca.
Harap dapat bantu.
(Bekam wanita area Damansara/ Subang/ PJ/ Sg. Buloh)
(Bekam wanita area Damansara/ Subang/ PJ/ Sg. Buloh)
7 comments:
terima kasiih girl! aku pun susah sangat ni nak post terima kasih ni, tapi usaha kau nak tolong orang sangat berjaya. terima kasih eh!! aku tau mcm mana kkau lupa pasal hal nikah tu, sebab aku pun lupa, stress sgt, sampai pekak telinga! hahaha
semoga bermanfaat :) :) terima kasih kembali.
Assalammualikum puan
Blh sy dptkan email puan, sy nak bertanya lanjut berkenaan visa..
Trima kasih
Wslam wbt puan. Email saya tasneem.sayorwan@gmail.com. boleh juga terus whatsapp saya 0133324398. Semoga boleh bantu :)
Kak setelah qt apply borang2 tuh..tunggu berapa lama? Terus boleh selesai ke hari tu juga?
Deposit utk bond tu (deposit vdr) bila boleh di claim balik dan apa prosesnya?
Kalau ada jawapan email ke azwan.q@gmail.com
Thanks.
Assalammu alaikum warah....saya mohammed asain bin basheer...saya dari india tapi i dah kahwain dari sini malaysia. I dah register alredy so how to apply spouse visa and tht spose visa. Brapa dia kira sebab kita x tou mcm mna ni apply so can u help me plss...and this is my email id and my passport number and my whats app number 0167830069
asainmohammed97@Gmail.com
K0351535
Plss responce my questions...and send me my email address
Post a Comment