Assalamualaikum wbt
Taqabbalallhuminna wa minkum
Semoga Ramadan tahun ni bukan Ramadan yang terakhir buat kita. Teruskan berdoa semoga Allah berikan kita sekali lagi peluang untuk bertemu dengan Ramadan tahun depan.
Alhamdulillah. Tahun ni saya beraya di Bangkok, kampung saya. Perasaan gembira campur dengan rasa sedikit sedih.Ya, tahun ni sekali lagi ahli keluarga tak cukup. Adik ke-dua saya beraya di Jordan. Dan saya rasa pelik bila orang lain yang imamkan solat, bukan pakcik saya. Dan rasa macam tak jumpa semua pun sanak saudara. Macam terkejar-kejar saja perjalanan hari ni (walaupun pada sebelah petang tak buat apa pun)
Saya bersyukur boleh beraya kat rumah tahun ni. Sayu hati saya tengok makcik, pakcik saya yang sudah uzur. Mereka dah berumur. Ayah saya 11 adik beradik dan beliau merupakan ke-dua last. Jadi tak hairanlah kalau makcik, pakcik saya sudah berumur. Ada di antara mereka sakit, tak sihat. Seorang makcik kesayangan saya, demam. Tak mampu pergi masjid. Rasa lain sungguh. Seorang lagi makcik, jatuh dari kerusi. Beliau dah memang sakit lutut, susah nak berjalan. Seorang lagi salur darah (hm?) kat lengan pecah, sakit katanya. Seorang pakcik lagi baru lepas operate. Semoga Allah rahmati semua.. Panjangkan umur mereka dan sihatkan mereka. Apa yang berlaku semua ni, saya yakin ada hikmah disebaliknya.
Di masjid tadi saya nampak seorang budak lelaki. Beliau buta. Ya, buta mata tapi hatinya tidak sedikit pun buta. Saya ingat, masa kecil-kecil dulu zaman sekolah rendah kami sama-sama masuk kem ibadat. Saya masa tu buat adik ni macam adik. Memang hubungan kami "comel". Saya selalu pimpin dia jalan-jalan, belanja dia makan. Pada masa tu, saya rasa macam kenapalah Allah bagi dia buta. Selepas berpuluh-puluh tahun lalunya, saya tengok adik tersebut membesar. Walaupun dia tak tengok saya membesar. Dia membesar sebagai seorang yang akhlaknya baik sekali.. Dia juga sekolah sama dengan adik saya yang di Jordan. Ketika adik saya akan fly ke sana, dia lah antara orang yang datang hantar adik saya. Dengan ikhlas hati, dia bagi ucapan dan doa kat adik saya. Saya dapat rasa yang dia betul-betul ikhlas dan merayu pada Allah supaya Allah jaga adik saya. Saya tak pasti dia masih ingat saya ke tak. Saya nak tegur dia tapi masa tak mengizinkan. Tadi dia duduk seorang-seorang. Mungkin menunggu makanan dari ahli keluarga. Saya yakin Allah sayangkan dia.. Sebab background keluarga dia tak berapa elok, tapi Allah jaga dia.
Sebak.
Seorang lagi abang, saya tak ingat dia nama apa. Tadi saya tak jumpa dia kat masjid. Tiba-tiba dia add Facebook saya. Beliau juga cacat aggota, saya tak pasti panggil apa tapi sebelah tangan dia tak boleh guna. Dia seorang yang hebat. Merupakan seorang guru masa saya di kem ibadat. Hidupnya penuh dengan rasa syukur pada Allah walaupun dia macam tu. Tak sempurna macam saya. Hatinya baik, setiap percakapannya sopan dan penuh dengan motivasi. Alahai. Saya rasa rugi tak jumpa dia kat masjid tadi, semoga Allah memberkati beliau.
Saya fikir, hidup kita ni masing-masing mempunyai cabaran dan dugaan. Apa yang penting, kita kena selalu bersyukur. Ingatlah, dalam susah-susah kita pasti ada yang lagi berat ujiannya..
Saya dah tak tahan sebak. Semoga Allah rahmati mereka, anda dan kita semua. Salam sayang dari Bangkok. Eid mubarak, maaf zahir dan batin.
12 comments:
bes nye neem...msti xjumpe org mlayu kt sne...hehe...smg diberkati tuhan...from saiful azmi
Hehe. Orang muslim ramai! =))
Ada perjuangan yang belum selesai di sana. Tetangga Islam Melayu Malaysia dan Islam Melayu di Siam adalah serumpun, hanya terpisah di perbatasan kenegaraan tidak pada akidah dan iman, insya-Allah.
Tiada perpisahan akidah dan iman pada kita Malaysia dan Thailand malah seluruh dunia. Insya Allah.
Salam Neem, saya pernah sampai ke Bangkok dan Ayuttaya.. rupaya ada satu simbol simbolik di masjid tua di ayuttaya dan di khorasan road di Balampu(xsure eja betol x.).
dan simbol ini bukan shj ada di Bangkok dan Ayuttaya, malah ada di Tanah Melayu Semenanjung dan Di Masjid Agung di Cirebon, Indonesia..
Diceritakan juga simbol ini juga digunakan pada zaman Turki Uthmaniah kerana ketika dahulu hubungan erat kerajaan Islam di Nusantara dengan Turki Uthmaniah..
Simbol apakah itu? Saya tinggalkan persoalan ini.. =)
Mengikut cerita lisan dari orang2 tua, simbol itu sbg lambang digunakan orang yg berada di jalan tauhid dan menyatakan ke Satuan aqidah mereka. Memang benarlah, orang orang dahulu bersatu atas dasar aqidah yg sama, Moga kita kembali mentauhid kan Allah di jalan benar..
Saya ada tgk Progrm Neem Dari Masjid ke Masjid Tanah Tenggara- menarik kupasan ketika pasal mihrab khutbah lama kerajaan Siam Islam ketika dulu di Ayuttaya..
Salam Syawal Neem utk famili di Bangkok,mohon ampun dan halal atas segalanya! Maaf Zahir Batin
from,
ex kaki jalanan
Ws'lam wbt
Ex kaki jalanan, terima kasih singgah. Alhamdulillah, tahniah kerana berjaya sampai ke Ayuttaya! hehe. Saya tak pasti itu simbol apa? Kalau saudara boleh kongsikan gambar simbol tu, mungkin saya boleh cari jawapan.
Dalam rancangan dari Masjid ke Masjid, situ adalah masjid Ton Son. Masjid ini merupakan masjid paling lama di Thailand. Dikatakan 400+ tahun lebih lamanya (kalau tak silap saya). Banyak perkara yg menjadi tanda pengiktirafan kerajaan Thai ketika itu terhadap Islam pada zaman dulu. Memang unik. Saya tak ingat, dalam rancangan tu ada ke tak sebut tentang kubur masjid tu. Kubur di situ terdiri dari kebanyakan orang hebat. Orang yg pertama naikkan benda Siam, adalah seorang Muslim. 9 Mufti yg diiktiraf Raja ketika itu juga di kubur masjid tersebut. Dikatakan juga atuk kepada Tengku Anis (bekas pemaisuri Kelantan)juga dikebumikan di situ dan beliau selalu ke masjid tersebut sekiranya turun ke Bangkok.
Dulu saya tak suka nak ambil tahu pasal sejarah Islam di Tanah Tenggara ni. Tapi sejak kebelakangan ni, sejak jumpa dengan tok imam-tok imam masjid utk rancangan dari masjid ke masjid tu saya rasa macam perkara ini unik dan penting.. Sekiranya ada team utk kaji perkara ni secara bersungguh-sungguh, akan saja sertai. Insya Allah
Sampaikan salah syawal saya kat keluarga saudara jua. Maaf zahir dan batin.
salam syawal*
Utk simbol itu saya sedia berkongsi dengan Neem, mungkin simbol tu Nm blh ajukan pada tok tok iman, orang2 lama tu, mana tau dia ada tau maksudnya, nanti Nm blh kongsi dengan saya..(klu nk sy emailkan)
Ya, Neem..tempat2 lama ini sebenarnya meninggalkan kesan sejarah Islam dahulu.. cuma sejarah Islam itu telah digelapkan oleh mereka2 yg benci pada sejarah Islam di Tanah Tenggara dan digantikan dengan cerita sejarah yang mereka cipta sendiri. Kesannya, anak anak sekarang xtau sejarah realiti negara dan bangsa mereka.
Dalam kajian kami ketika di Ayuttaya, boleh kami simpulkan dan mungkin boleh dijadikan teori yg tapak buddha di Ayuttaya tu asal nya mungkin tapak Masjid.. Boleh jadi sebabnya ada tapak mimbar/khutbah dan ia tapak itu mengadap ke arah kiblat. Patung2 buddha yg tertentu telah diambil alih diletakkan dan digantikan di situ dan ukiran dan seni masjid tidak kelihatan. Ini cerita lisan yg saya dapat dari hasil penjelejahan kami ke sana..
dan apabila saya melihat progrm Dari Masjid Ke masjid tanah tenggara episod ke 2, ad si Fedtri tu merujuk pada satu mimbar dan satu ukiran lama ayat quran..yg diceritakan dihayutkan dari Ayuttaya ke Kota Bangkok melalui Sungai oleh tentera Islam..Hurm..menarik bukan..
mungkin ukiran itu mengesahkan lagi kewujudan tapak masjid yg agung di ayuttaya..
Alhamdu'lillah,sama la kita, dulu pun saya xserius nk study sal sejarah nie, tapi setelah hasil pembacaan,melihat sendiri,mendengar lisan dari orang peseorangan, byk benda sejarah realiti yg tidak dicerita di dlm buku sejarah dan secara umum. Sesungguh, menginsafkan diri menghayati suatu ketamadunan Islam yg gah dulu ada di Nusantara/ Asia tenggara tapi telah dihancurkan oleh2 mereka yg benci kepada kebangkitan Islam di sini..
Saya xsempat nk pergi makan2 lama tu, andai kata ada rezeki saya kembali ke sana, Inshallah saya akan lapangkan masa seketika ke sana.mencari orang2 lama sana utk sama2 mencari sesuatu yg hilang...
dan ketika di Bangkok dan seumpamnnya, saya begitu teruja dan sebak berjumpa dengan komuniti Islam di sana.. Ye la, ketika di Malaysia,xnampak pun benda ini,tapi bila kita dah travel jauh2, perasaan silaturrahim antara komuniti islam begitu kuat. Benarlah, hati akan tersentuh bila mana kita bertemu saudara seislam walau di mana kita berada..
Alhamdulillah..
ex kaki jalanan
Boleh juga sekiranya saudara ingin berkongsi dengan saya. Ni email saya
na_neem@live.com
Salam Neem,
tolong check,sy sudah emailkan..
moga ia sedikit sebanyak dapat membantu saudari.
Ada info jawapan, emailkan kembali pada sy ya.
Terima kasih!
ex kaki jalanan
Salam Aidilfitri.
Teruskan menjadi duta masyarakat Islam Thailand ya Cik Neem. Teruskan berkongsi cerita. :)
p/s: Abe syah? -_-"
er. salah orang. hahaa
Post a Comment