Monday, September 5, 2011

Hapuskan Kejahilan dengan Sifat Mahmudah

Sebuah buku yang berharga penuh dengan cerita pengalaman pahit dan manis

Penuh dengan cerita susah dan senang

Penuh dengan kegembiraan dan kesedihan

Adalah sebuah buku kehidupan setiap seseorang.

Kehidupan merupakan sebuah buku yang nilainya mahal RM-infiniti bagi orang-orang yang berfikir. Tiada ruginya jika direnung tentang kehidupan yang lalu sekiranya kita semua jadikannya sebagai pengajaran untuk ubah hidup dan tidak mengulangi kesalahan tersebut lagi.

Setiap manusia melakukan kesalahan. Begitu juga dengan saya. Saya banyak buat salah. Terlalu banyak, sehingga melukakan hati beberapa orang sekeliling saya. Entry kali ni saya ingin tegur diri saya sendiri dan sahabat-sahabat yang ambil masa baca. Agar kita sedar kesalahan dan cuba untuk tidak mengulangi lagi.

Orang kata terlalu lewat untuk membetulkan kesalahan. Bagi saya, selagi ada kesedaran, selagi tak mati dan  tidak hancur dunia ini dengan izin Allah, Insya Allah masih ada ruang dan peluang untuk ubah diri. Apabila sedar, maka perlu cepat bertindak.

Berdakwah dalam alam siber sudah menjadi kebiasaan kerana ia mudah diekses. Di mana-mana saja orang bercakap tentang hukum hakam agama. Dalam blog, website, FB, Youtube dan sebagainya. Di sini saya nampak beberapa kesalahan yang dilakukan tanpa sedari. 




Gambar Hiasan

Gambar hiasan digunakan bagi menarik perhatian pembaca. Tiada salah menggunakan gambar hiasan. Cuma dalam beberapa keadaan contoh seperti topik yang berkaitan dengan maksiat, minum arak, aurat dan lain-lain. Pendek kata perkara yang negatif, tidak sesuai andai guna gambar seseorang yang lakukan perkara tersebut. Rata-rata saya tengok artis akan jadi mangsa topik aurat dan sosial. Ya, benar mereka membuka aib mereka sendiri tapi adakah kita perlu "membantu" untuk membuka aibnya juga? Sebaik-baiknya gunakan gambar yang tak tunjuk muka orang tersebut, blurkan atau gunkan saja gambar kartoon. Apakah perasaan individu tersebut yang "ditegur" secara terbuka sekali?


Mengutuk, Menyindir dan Mengata

Kadang-kadang kita bercakap mengikut emosi dan akan terkutuk atau sindir orang. Saya selalu terdengar kutukan tersebut di masjid. Er, kadang-kadang ada individu yang ingin beragama dalam politik tapi salah caranya. Tidak perlu mengutuk, mengata atau menyindir orang yang kita tak suka secara terbuka begitu. Apa yang pendengar nampak ialah kelemahan orang yang berceramah itu juga, bukan orang yang dikutuk.


Menghina Agama lain

Apakah perasaan anda ketika orang menghina agama kita? Panas, marah, rasa nak maki hamun atau nak saja pergi bakar rumah orang tersebut bukan? Hari ni saya ada buka youtube tengok tentang agama lain dan apa yang orang bercakap tentang agama kita. Saya hanya tengok tajuk, saya tak mahu tengok apa yang dicakap nanti panas dan tak pasal-pasal saya mencarut. Ada video yang kata, "Muslim hina agama bla-bla" dan lain-lain. Ibu saya selalu ingatkan, biarkan saja apa yang orang bukan Islam kata pada kita. Kita jangan kata balik. Dalam surah Al-Kafirun ayat 6 Allah berfirman, "Untukmu agamamu dan untukku agamaku."


Kesalahan dalam berdakwah adalah apabila kita menghapuskan maksiat dengan kebencian pada individu tersebut. Kita perlu benci pada maksiat tetapi bukan orang yang buat maksiat itu. Hapuskan perkara yang tidak baik itu dengan tindakan baik kita pada individu tersebut. Ingat, Allah buka pintu taubat pada setiap hambanya. Mengapa kita tidak boleh terima mereka yang ingin berubah dan terus pijak mereka? Tariklah mereka dari alam maksiat itu dengan kasih sayang, nescara mereka akan faham sebenarnya Islam itu indah tanpa maksiat.




Salam sayang dan ceria. Semoga diberkati. 

2 comments:

Kusyuk said...

berdakwah itu universal caranya,kena bijak pilih algorithm yang sesuia dengan siapa yang kita nak dakwah itu..

salah satu sebab kenapa aku minat melukis,nampak macam boleh sampaikan dakwah melalui komik,target budak-budak..

doakan aku peroleh rezeki jadi kartunis nanti neem!

Tasneem Sayorwan said...

Semoga tercapai cita-cita mu, Syuk! Ameen..