Kejadian ini berlaku pada diri saya sendiri.
Sedar tak sedar (memang tak sedar..) kejadian tersebut telah menyedarkan saya sehingga sekarang.
Power of internet, telah merosakkan amalan tersebut.
Ketika saya balik Bangkok baru-baru ini, mak cik saya yang belanjakan tiket untuk balik ke Malaysia. Katanya mungkin belanja yang terakhir sebab saya sudah pun menamatkan pengajian. Lepas ni akan kerja sendiri.
Baiklah, saya akui.
Malam itu (beberapa hari sebelum balik) sepupu saya (anak mak cik) minta details untuk beli tiket. Ketika itu hujan. Saya berada di rumah sepupu seorang lagi (tepi rumah) untuk makan. Oh ya, malam itu malam raya. 1 Syawal. Saya kata banyak details, nanti saya hantar email (sedangkan rumah kami, 4 minit berjalan kaki pun dah sampai)
Memang saya tak sedar, alah, macam biasa. Kalau kat sini pun duduk bilik sebelah pun kami masih sms. Padahal, boleh saja bertemu, face to face kata orang putih.
Teruk bukan? Budak-budak zaman sekarang.
Sepupu saya kata, tak apalah, nanti datang rumah.
Saya pun, okey saja. Tunggu beliau di rumah
Beliau sampai di rumah dan kami teruskan proses membeli tiket kapal terbang.
Sebelum beliau balik, beliau terus terang kata hairan dengan budak-budak sekarang (er, termasuklah saya) sebab terlalu banyak guna internet dan jarang berjumpa. Beliau yang berumur 30 itu kata, jangan segan nak ziarah orang. Walaupun orang itu tak sihat, kita kadang-kadang terlalu fikir takut mengganggu (tengok pada keadaan) tapi orang lebih dewasa tak fikir macam tu. Jika tak diziarah, lagi mereka terasa! Sedangkan beliau sanggup ambil cuti sehari (kadang-kadang) untuk menziarahi sesiapa yang patut.
Kata beliau lagi, "this is the truly way how people connected"
Benarlah, kita (tak tahu anda bagaimana, tapi saya iye!) terlalu banyak guna internet sehingga abaikan amalan ziarah menziarahi yang dianjurkan oleh Rasulullah saw.
Padahal, perkara itu adalah satu ibadat juga. Dapat pahala.
Orang zaman dulu, tiada internet untuk dihubungi. Kereta tak banyak, public transport seperti LRT, KTM, taxi dan semuanya masih tak ada.
Tapi mereka rapat. Mereka tahu siapa sakit, siapa meninggal, siapa jadi apa dan semuanya. Mereka sangat hebat.
Jika saya, kadang-kadang tak pergi menziarah sebab seribu alasan! Tak ada duitlah, penatlah, jauhlah dan macam lah-lah. Kalau pergi jalan-jalan tengok wayang, shopping buang masa.. Er, ok pula?
Padahal perkara tersebut perlu disuntik dengan sedikit pengorbanan. Tak kan kena tunggu seseorang tersebut meninggal dulu baru nak pergi. Itu pun kalau pergi.
Tahukah anda ada satu kejadian yang saya rasa lepas ini tak boleh ada alasan dalam ziarah menziarahi.
Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi Muhammad saw maksudnya:
"Pernah seorang yang hendak mengunjungi saudaranya di kampung lain, Allah lalu mengutuskan seorang malaikat untuk mengawasi sepanjang perjalanannya. Ketika telah bertemu, malaikat tersebut bertanya: "Ke manakah engkau mahu pergi?" Dia menjawab: "Aku ingin mengunjungi saudaraku di kampung ini." Malaikat bertanya: "Apakah kerana ada suatu usaha yang ingin kau bina bersamanya?" Dia menjawab: "Tidak. Tidak lain kerana aku mencintainya kerana Allah." Malaikat berkata. "Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu untuk mengkhabarkan bahawa Allah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana-Nya." HR: Muslim no. 2567
Tersentap baca. Bahagianya apabila Allah mencintai kita.
Kuncinya adalah
Mengunjungi, menziarah
Kerana cinta saudaranya kerana Allah!
Kesannya ialah Allah mencintai kita kembali.
Hebat bukan? Nak mendapatkan cinta Allah kena "bertukar" dengan sedikit pengorbanan.
Semoga lepas ini, tiada lagi alasan untuk menziarahi melainkan alasan tersebut benar-benar jadi "alasan" atau "ketidak-kemampuan" diri kita.
Selamat menziarahi demi meraikan cinta Allah. Lepas ini kena sambung pasal tetamu pula baru lengkap. Insya Allah.
Salam sayang dari saya,
Tasneem Sayorwan
2.46 pm. Kelana Sentral.

7 comments:
saya suka post ini...heheheh =)
betul, saya setuju dengan Neem ..
benda ini tidak dapat di elakakkan,
disebabkan peredaran masa dan kehendak hukum alam,
kita terpaksa akur..
Nilai ketimuran dan adab sedikit sebanyak makin hari makin dilupai.
Walaupun benda itu agak simple bila dilihat,tapi bila di amati dari sudut lain dan dibuat serta diamalkan sebenarnya ia meninggalkan kesan yg mendalam.
Inilah amalan2 tradisional yg baik yg diperturunkan oleh orang2 tua kita dan mereka2 yg terdahulu sehingga sampai benda ini di ajar oleh Rasulullah sendiri.
Amalan ziarah, memuliakan dan meraikan saudara mara terdekat, menyambung silaturrahim antara mereka2 yg bersusur galur mempunyai keturunan yg sama amat2 dituntut.
Jika amalan ziarah menziarahi ini tidak diteruskan, tidak mustahil nanti adik-adik atau anak-anak kelak tidak akan mengenali keluarga yang lain dan tidak mengetahui salasilah keluarga sendiri bahkan lebih malang merenggangkan hubungan kekeluargaan dan ukhuwah sesama anak Adam.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa mahukan rezekinya bertambah, usianya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungi rahimnya (menziarahi saudara-maranya)” [Riwayat Bukhari]
Amat jarang melihat anak muda sekarang pandai bergaul baik dari segi tutur kata,penampilan diri terhadap golongan yg berumur.
Mereka agak "kekok" nk bersembang dengan golongan berumur kerana tidak mengetahui tone dan cara yg betul ...sebagai contoh sepanjang pemerhatian saya.
Namun demikian, ilmu semacam ini tidak dapat diperoleh ketika di universiti mahupun bersama dengan rakan2 lua di sana. Ibu dan ayahlah yg mampu mendidik dan memesan pada anak anak mereka sebaik mungkin kerana di situ adanya KEBERKATAN.
Bagaimana cara praktikal ibu dan ayah di depan mata anak anak , begitulah perilaku anak anak berhadapan dengan orang lain dan keadaan sekeliling di luar sana
Suka entri mcmnie, benda yg disekeliling sentiasa berhubung rapat dengan kita, tp jrg nk d highlight kan..
Good Job !
ex jalanan
salah satu dari pada 7 hak muslim kepada saudara semuslimnya ialah ziarah (dalam kes ini ketika sakit) :)
betul tu neem. bila teknologi makin maju.. kite makin alpa,sampai amalan orang dulu2 pun kita abaikan.
Baba, thank you.
Ex Jalanan, ada button like tak kat sini? Hehe! Benar sekali, kebanyakan remaja sudah kekok bercakap dgn orang tua hatta atuk nenek sendiri pun rasa kekok (termasuk lah saya)
Sepatutnya jadikan amalan utama dalam keluarga. Ziarah menziarahi bukan hanya pada hari raya saja tapi bila-bila masa.
Saya syukur ada keluarga yg pentingkan ziarah (ye?) atau sebab keluarga semua duk dekat2. Itu pun tak semua lagi yg kenal. Sebenarnya family setiap pada kita sgt luas! Jika adik beradik ayah 11 orang (macam kes saya) setiap dari seorang ada anak at least 4 orang, jadi sepupu saya 44 orang! wah. Sekurang-kurangnya 4.. kalau lagi ramai? sepupu ramai, anak sepupu berapa. suami/ isteri sepupu lagi. hehe.. Seronok sebenarnyaa..
Syuk, masa sakit inilah kita dekat dgn Allah. Mana tau sakit itu juga sakit yg akan bawa kita ke Allah? Ziarah menziarahi ketika sakit juga dapat beri peluang kepada org yg sakit tersebut minta maaf kat org yg datang ziarah..
Lisa, kita kena ubah diri kita dari sekarang. Kenal sesiapa yg patut kenal. Nnt boleh sampaikan kat anak2 kita. Insya Allah
biasa la.. manusia nih TEWAS dengan dugaan nikmat... nikmat hidup kita lupa akan kematian....
kununnye kita hidup selamanye....
bila dah tiada.. baru le perasan..... ntah le...
Post a Comment