Friday, September 9, 2011

Kita dan Orang Lain

Saya suka bercakap dan berbincang tentang perkara yang dekat dengan kehidupan harian atau perkara yang berkait rapat dengan saya dan anda setiap hari. Sebab apa? Sebab perkara tersebut memang sangat dekat, tapi tidak begitu diambil berat tentangnya. 

Setiap hari kita akan bertemu, berselisih, duduk bersebelahan dengan orang yang berasing wajahnya. Mungkin dalam 20 orang sehari paling kurang, atau 100 lebih pun juga mungkin. Dalam ramai-ramai orang yang kita jumpa itu, mesti ada yang tersakit hati sebab macam-macam perkara.

Atau kita yang menyakitkan hati orang lain, tanpa kita sedari. 


Apa yang penting di sini ialah kita jangan terlalu mementingkan diri sendiri. Er, mungkin dalam beberapa perkara perlu pentingkan diri (saya tak pasti perkara apa) tapi boleh dikatakan, janganlah pentingkan diri sendiri (pening tak?)

Ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan, ini hanya dari pengalaman saya sendiri. Mungkin pengalaman yang sama juga dengan sahabat-sahabat yang lain.

Puntung Rokok

Kepada sesiapa yang merokok, lelaki dan perempuan. Pernahkah setiap kali anda merokok anda akan terus buang puntung rokok ke dalam tong sampah, bukan tepi jalan? Kalau ye, syabas! Percubaan membunuh orang lain sekurang-kurangnya tidak tambah dengan percubaan menyusahkan orang lain. Ok, asap rokok merupakan perkara yang siapa suka? Saya sendiri tak suka malah boleh sakit kepala sekiranya bau asap rokok. Dan saya pernah baca, "second hand smoker" atau orang-orang yang menerima asap rokok itu lah lebih berisiko untuk mendapatkan kanser. Puntung rokok, adalah sejenis sampah yang kalau buang satu mungkin tak terkesan apa-apa. Tapi kalau sejuta orang merokok dan sejuta orang yang buang rokok merata-rata, itu kan sampah yang banyak sekali. Pernah saya duduk tengok seorang makcik cleaner bersihkan lantai. Nama pun makcik, mesti umur sebaya mak saya atau lebih berumur. Beliau sapu dan mop lantai dengan bersih. Tiba-tiba datang sekumpulan remaja, merokok di kawasan berkenaan dan buang puntung rokok ke situ. Saya rasa sedih dan terkilan. Susah sangatkah puntung rokok itu dibuang baik-baik di tong sampah belakang dia. Lalu saya pergi tegur, "Adik, boleh tolong buang puntung rokok dalam tong sampah? Baru saja makcik cleaner bersihkan tempat ini.." Perkara ini nampak kecik, tapi sebenarnya besar dan berkait rapat dengan kita. Walaupun makcik tersebut bukan mak kita, tapi cuba bayangkan apa bila mak kita dilayan lebih kurang sama dengan cara kita layan orang lain. Alangkah sedih..


Kenapa kait rapat?

Saya yakin, bila kita bersihkan sesuatu tempat sehingga bersih, kita pasti tak suka apabila ada orang buang sampah selepas tempat tersebut dibersihkan. Sakit hati bukan?

Dari sakit hati ini macam-macam boleh berlaku sekiranya tak pandai kawal. Maki hamun, bad mood, rasa macam nak saja tumbuk-tumbuk orang yang buat kotor tu dan lain-lain. Maki hamun, berdosa. Bila kita bad mood, orang lain akan dilayan tak berapa bagus dan sebagainya. Rasa nak tumbuk-tumbuk orang tersebut merupakan dendam. Semua adalah tak baik. Dari perkara kecik yang kita buat, boleh menyebabkan macam-macam perkara kepada orang lain.

Kecik bukan perkara ni? Tapi mampu jadi perkara besar. Rapatkan dengan kehidupan? Ya, sebab ia dah terlalu biasa berlaku dalam masyarakat hari ini.  

Sambung perjalanan kita dalam bertemu dengan orang ramai. 

Ketika dalam LRT 

Seorang sahabat saya, beliau akan selalu "cop" tempat duduk dalam LRT mahupun bus dan lain-lain. Kenapa? Sebab tak ramai yang akan bagun bagi tempat duduk tersebut pada mereka yang memerlukan. Beliau cop tempat supaya apabila ada orang memerlukan, beliau akan bagun. 

Bila kita berkongsi dunia dengan orang lain, segalanya akan dikongsi bersama. Betul? Udara, air, makanan, tempat duduk, kawan, kasih sayang.. Semuanya dikongsi. Tiada perkara yang akan menjadi milik kita seorang. Tiada. Maka dengan itu, kurangkan sedikit sifat pentingkan diri sendiri atau hilangkan terus itu lebih baik. 

Pernahkah kita fikir kebaikan bagi kita disebalik memberi kepada yang lebih memerlukan. Memberi tempat duduk pada warga emas, orang mengandung, orang sakit dan kanak-kanak itu akan lebih indah dari sebuah "kepenatan" berdiri. Percayalah. Apa kebaikan pada diri kita? Mungkin orang tersebut doakan kita supaya Allah berkati atas pertolongan ini. Indah bukan? Mungkin juga sekiranya orang yang kita bagi laluan itu merupakan non-muslim, dengan kebaikkan yang kita tunjukkan pasti mereka tercubit dengan sifat yang diajarkan Islam ini. Dan jika dengan izin Allah, mereka ingin belajar lebih mendalam lagi? Tidak mustahil bukan? Siapa yang memulakan timbul sifat minat ini? Anda yang memulakan dengan izin Allah! Anda juga menghilangkan rasa penat pada mereka yang memerlukan. Bukankah ini perkara yang mulia?

Saya pernah baca kisah tentang Ali bin Abi Talib yang sedang menuju ke masjid untuk solat subuh. Kemudian dalam perjalanan tersebut ada seorang Yahudi uzur sedang berjalan. Dengan sifat hormat pada orang yang lebih tua, beliau tak berani melintas sehingga orang Yahudi tersebut jalan sampai masjid. Dan Allah redhai akan perbuatan mulia ini. Subhanallah, perkara kecil dan berkait rapat dengan kita. Tapi kita banyak abaikan demi kepentingan diri kita.


Banyak lagi perkara yang kecil tapi sebenarnya besar. Ia berkait rapat dengan kita hidupan yang kadang-kadang kita terlepas pandang. Kalau nak diceritakan, memang panjang lebar.

Apa yang penting dan ingin saya tekankan di sini ialah, hiduplah bermasyarakat. Jangan pentingkan diri sendiri dan lebihkanlah orang lain. Hidup untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya.

Pastikan perkara kecil seperti ini kita mampu lakukan. Insya Allah, ia akan jadi satu tarbiah bagi kita dalam melakukan perkara-perkara besar.

Salam sayang dari saya. Semoga menjadi orang yang berguna pada agama, bangsa dan masyarakat. 


2 comments:

Muhammad Izzuddin said...

perkongsian menarik.

sedikit mahu menambah. perkara lain yang kecil, dekat dengan kita tetapi memberi kesan yang besar kepada kehidupan adalah senyum. dengan senyuman, banyak benda yang negatif boleh berubah menjadi positif.

marah menjadi reda, kasih semakin bertaut, hati jadi tenang malah masalah yang berat dirasakan rinagn..segalanya bermula dengan senyum kita kepada semua orang.

wallahua'lam. =)

Tasneem Sayorwan said...

Benar sekali saudara. Saya pernah hadapi seorang kawan serumah saya yang tak senyum buat beberapa hari sehingga kami tertanya-tanya, adakah kami buat salah?