Petang itu duduk di depan Giant kecil, Kelana Jaya.
Menunggu dua orang sahabat saya membeli barang.
Sekumpulan pelajar sekolah menengah lalu, mereka dalam 6-7 orang.
Sedang gelak sakan sambil mengata, "bodoh".
Mereka gelak sakan.
Dalam masa yang sama seorang pak cik berbaju kuning, membawa dua plastik yang diisi barang-barang recycle. Beliau sedang marah pada pelajar-pelajar tersebut.
Pelajar-pelajar itu tak hairan. Gelak dan lalu pergi.
Orang-orang yang jual di situ, sebahagian dari mereka turut gelak.
Saya, geleng-geleng kepala tanda kecewa terhadap sikap mereka terhadap pakcik itu sambil mengharapkan adik-adik itu faham kenapa saya respon demikian.
Sedih. Bukankah peristiwa ini menunjukkan betapa teruknya nilai moral masyarakat kita pada hari ini.
Saya tak pernah cakap dengan pakcik itu. Sebab saya takut. Pada pengalaman saya, kalau kita tengok dia (tengok saja-saja. Tiada ajekkan) juga akan dimarah. Kalau saya jumpa dia, saya akan buat tak nampak dan terus berjalan atau jauhkan diri dari dia sebab takut kena marah. Dia seorang Cina, mampu marah dalam Bahasa Melayu ok.
Mungkin dia sakit. Tak sihat fizikal dan mental.
Dia tak ganggu sesiapa. Kenapa perlu kita ganggu hidup dia?
Bukankah dengan cara demikian, kita menambahkan lagi rasa kesedihan dia?
Sedih mungkin kerana diabaikan keluarganya.
Sedih mungkin kerana selalu diejek, selalu dihina.
Sedih mungkin kerana beliau nampak nilai moral yang semakin merosot.
Semalam saya ada baca satu hadis tentang larangan mengusik orang. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a., daripada Nabi Muhammad saw, Baginda bersabda:
"Jauhilah oleh kamu duduk-duduk di tepi jalan." Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, kami tidak boleh meninggalkannya sama sekali, kerana di situlah tempat kami biasa mengadakan pembicaraan.
Rasulullah saw lalu bersabda: "Jika kamu memang tidak mampu meninggalkannya, maka berikanlah kepada para pengguna jalan akan haknya."
Para sahabat bertanya, "Apakah hak tersebut?" Baginda bersada:
1. Menunduk pandangan
2. Tidak mengeluarkan kata-kata atau tindakan yang mengganggu
3. Menjawab salam
4. Amar makruf dan nahi mungkar"
Hadis Riwayat al-Bukhari no. 6229 dan Muslim no. 2121
Jadi sahabat-sahabat dan adik-adik sekalian, renunglah hadis ini. Seandainya kita tak mampu nak buat perkara baik, jangan pula perkara tak baik itu dilakukan.
Pasal no. 2, sebahagian dari lelaki suka mengusik. Tak kira pakai pakaian macam mana pun, tetap kena usik.
Sudahlah kita buat orang sakit hati. Hidup ini bukan hanya seorang. Kita selalu inginkan orang buat perkara baik pada kita, tapi dalam masa yang sama adakah kita bertindak sedemikian pada orang lain?
Patah balik pasal pakcik tu, Rasulullah saw sudah bagitahu agar tidak mengeluarkan kata-kata atau tindakan yang mengganggu. Mesti ada sebab kenapa Baginda berpesan demikian.
Pernah diganggu masa tengah-tengah jalan tak? Apa perasaan anda? Cuba bayangkan, pakcik itu adalah ayah kita. Tiba-tiba orang datang menghina ayah, sedih tak?
Pakcik itu juga manusia seperti kita. Saya yakin beliau masih dapat merasai, fahami apa erti dihina, sedih, gembira dan sebagainya. Salahkah kita memberi dan berkongsi sedikit kegembiraan itu terhadap mereka ini sebagaimana kita rasa.
Andai kita bergembira kerana dapat menghina dan memalukan orang, periksalah iman kita. Mesti ada yang perlu "repair".
Selagi perkara ini tak terjadi pada diri kita sendiri, sampai bila kita tak akan rasai. Benar.
Tapi siapa minta? Adakah kita ingin jadi seperti pakcik tersebut? Saya yakin tiada orang yang nak jawab "ya" termasuklah saya.
Jika tak mahu senasib dengan pakcik itu, maka buat baiklah pada dia (aka: Orang yang senasib dengan dia) atau jika tak dapat buat baik, maka diam itu lebih baik.
Pakcik "plastik sampah" juga manusia. Mungkin dalam "plastik sampah" nya itu tersimpan perkara-perkara yang lebih baik dari mereka yang tiada plastik (er. Macam pening saja ayat..)
Saya doakan agar mereka yang pernah buat perkara di atas baca entry yang tak berapa ini. Muhasabah diri kita.. Perkara ini sekali lagi nampak kecil, tapi sebenarnya.....
Akan ditanya jua oleh Allah SWT di akhirat gelak.
Salam sayang dari saya, Tasneem.