Menulis tajuk ini bukan bererti tidak lama lagi saya akan kahwin. Mungkin dalam 3-4 tahun lagi kerana saya belum bersedia menjadi isteri orang. Tambah pula bila kerja, saya rasa macam terlalu banyak perkara untuk diselesai semasa bujang.
Benarlah. Ketika ini saya masih mampu pergi meeting dan balik pukul 12 malam atau 1 pagi. Pernah saya chatting dengan seorang ustaz yang juga penulis Majalah Fardu Ain, kata beliau kalau dah kahwin, makin banyak tanggungjawab. Iaitu tanggungjawab terhadap suami/ isteri dan anak-anak.
Itu hanya secara ringkas.
Namun, saya secara personal tidak menolak persediaan ke alam rumahtangga. Mungkin 5-6 tahun lagi baru dapat jodoh, tapi persediaan patut dilakukan dari sekarang. Ketika belajar di universiti dan alam kerja.
Pernah saya baca buku bertajuk "Suami mithali, isteri sejati" penulisnya adalah Dr. Juanda Jaya. Tiba-tiba saya dicop gatal dan tak sabar nak kahwin.
Ia sebenarnya bukan soalan gatal atau tidak sabar. Ia berkenaan dengan persediaan untuk masa depan.
Konsepnya lebih kurang sama saja dengan perkara lain. Tapi ia akan menjadi gatal dan tidak sabar bila ia berkaitan dengan alam rumahtangga.
Contoh, kita semua akan menuju ke akhirat. Maka persediaannya adalah sekarang sebelum kita mati atau hari Kiamat.
Begitu juga dengan peperiksaan. Adakah anda semua baca buku sehari sebelum peperiksaan tiba? Tidak bukan, ia memerlukan proses persediaan yang panjang untuk menghadapi peperiksaan.
Begitu juga dengan alam perkahwinan, ia memerlukan satu proses persediaan.
Persediaan alam perkahwinan tidak cukup hanya pergi kursus kahwin. Tidak cukup.
Ia merupakan persediaan besar. Lelaki dan perempuan mempunyai peranan yang penting terhadap pasangan masing-masing yang merupakan amanah Allah SWT yang akan dipikul.
Sangat berat namun tidak bererti kita tak mampu.
Bermulalah dengan diri sendiri. Bagaimana hubungan kita dengan Allah dan RasulNya, hubungan kita dengan ibu bapa, sesama manusia dan lain-lain.
Sekiranya tidak begitu sihat, maka kegagalan dalam alam perkahwinan agak besar. Lihatlah pada masyarakat sekeliling. Tidak perlu sebut tentang siapa dan siapa, tapi cukuplah sekadar anda melihat dan berfikir tentangnya.
Maka bermula sekarang, meh sama-sama senaraikan. Sebenarnya banyak sangat, tapi saya akan senarai hanya 10 sahaja:
1. Solat 5 waktu, cukupkah aku?
2. Baca, memahami al-Quran dan Hadis, sejauh mana?
3. Hubungan dengan ibu dan ayah. Baik atau tidak?
4. Perihal kerja, sejauh mana kita bersungguh-sungguh?
5. Ilmu yang kita miliki, sejauh mana ada? Adakah kita cuba untuk tambah atau hanya biarkan begitu saja?
6. Hubungan dengan orang lebih dewasa
7. Dapur, masak. Pandai masak nasi atau tidak? Sekiranya belum, belajarlah
8. Kewangan, sejauh mana kita berjimat cermat?
9. Kesabaran. Mampukah anda menjadi sabar dan relevan dalam setiap permasalahan
10. Smoking, tak kan nak biarkan anak isteri turut jadi mangsa asab seksa itu.
Ini hanya 10 perkara, masih banyak lagi perlu difikirkan dan buat persediaan.
Sebelum ia terlambat, bermulalah dari sekarang walaupun anda belum tahu bila anda akan kahwin.
Jadi itulah adalah persediaan perkahwinan saya yang belum tahu bila masanya.
Tiba-tiba saja tulis pasal ni sebab saya tidak bersetuju apabila kita begitu senang kata kat orang, "Kau memang nampak gatal nak kahwin sebab itu baca buku/ dengar ceramah pasal perkahwinan."
Cukuplah mengata orang. Anda dah bersedia?
3 comments:
Benar, banyak lagi yang perlu dipelajari..
Yang mengata tu sebenarnya diorang rugi, moga depa sedar sebelum terlambat.
Nice post as always bdw, jangan pernah penat menulis untuk orang lain neem, nanti Allah bagi 'hadiah' atas usaha kamu ni, inshaAllah.
Aku setuju ni, Tasneem. Kenapa orang suka mengecap 'gatal' bila anak-anak muda sebut soal kahwin? Padahal kahwin itu lebih afdhal dari couple. Kahwin itu lebih halal dari couple. Aku tak faham masyarakat.
Ku Syuk,
Insya Allah. Terima kasih utk ingatan ini. Sebenarnya aku tulis juga utk ingatkan diri aku.
Ajan,
Dah jadi adab masyarakat. Sebab dalam kepala kebanyakan orang perkahwinan hanyalah menghalalkan hubungan sex antara lelaki dan perempuan.
Post a Comment