Saturday, October 1, 2011

Teguran Buat Juru Kamera

DSRL. Siapa yang tak mahu mempunyainya? Saya antara orang yang suka tengok gambar, ambil gambar dan ingin punyai camera secanggih itu. Tapi belum mampu.

Dalam gambar-gambar ada seribu rahsia yang dapat kita renungi. Ia juga merupakan “mesin” penyimpan memori dan kenangan seseorang. Kenangan bersama keluarga, sahabat, guru-guru dan lain-lain mampu direkod oleh camera. Ia juga mampu memperlihatan keindahan alam Tuhan dalam pelbagai bentuk dan cara. Mana-mana camera saja lah, tapi saya sebut DSRL tu sebab saya suka.

Abg Piii saya amek gambar kamu. Ini adalah Waseem dan Naseem

Er, nak minta DSRL sebagai hantaran boleh? Bukan kek gambar camera ok. Gurau saja *hiks*

Orang-orang yang mempunyai camera sejenis ini akan pamerkan skil-skil mereka melalui gambar-gambar alam, manusia dan perkahwinan. Di sini saya ingin buat beberapa teguran kerana saya rasa kurang sesuai. Mengambil gambar juga satu ibadat, jadi kena jaga sikit.

Pre-wedding
Mengikut pemerhatian saya dalam dunia DSRL ini, gambar pre-wedding menjadi sesuatu yang juga glamer. Apa yang saya faham dengan gambar pre-wedding ialah gambar sebelum bakal pengantin diijab-kabulkan. Mengisahkan tentang percintaan mereka, di mana permulaannya atau gambar yang comel-comel. Sememangnya saya suka tengok, sebab comel. Tapi kurang sesuai kerana sesetengah bakal pengantin sudah pun menunjukkan “kemesraan” dalam gambar yang biasanya akan di-upload-kan oleh juru kamera. Sekiranya sudah begitu mesra, tapi seeloknya tidak perlulah pamer pada orang lain.

Gambar tak tutup aurat
Ada pengantin yang memilih untuk tutup aurat dalam majlis perkahwinannya walaupun di luar mereka masih belum mampu untuk tutup aurat sepenuhnya. Bagi saya, majlis perkahwinan merupakan satu majlis yang perlu dijaga agar ia dipenuhi dengan keberkatan. Bagaimana bila sesebuah perjalanan hidup yang baru tidak disirami dengan keberkatan, perjalanan itu pasti sedekit sukar.

Jangan ambil mudah tentang aurat orang. Dalam album perkahwinan biasanya akan bermula dari persiapan majlis dan bakal-bakal pengantin. Persiapan bakal pengantin, ya, bermula dari ketika mereka make-up. Make-up, biasalah pasti akan buka tudung. Dan juru kamera akan ambil gambar dari saat itu. Paling tak best bila gambar-gambar tersebut dipamerkan dalam website, blog dan FB untuk menunjukkan hasil shooting mereka. Oh, saya sungguh tak suka.. Ia lebih sesuai di simpan dalam album hanya pada ahli keluarga saja.

Gambar ala-ala cium, aksi-aksi nakal
Gambar ala-ala cium juga tak perlu dipamerkan. Perkara tersebut hanyalah perkara “dalam kain” sepasang suami isteri. Gambar bersanding, bersama sahabat-sahabat, pegang tangan itu dikira masih sopan daripada gambar cium yang bermuka perasaan. Em, saya tak pandai nak explain. Tapi saya rasa para pembaca faham apa yang saya maksudkan!

Juru kamera perlu fahami batasan dan syariat dalam agama. Saya tak kaji secara mendalam tentang ini, tapi apa yang saya sebut di atas adalah hanya pantauan saya campur dengan sedikit ilmu pengetahuan yang tak berapa ini.

Ambil gambar merupakan satu jalan dakwah, hanya perlu tahu bagaimana nak berdakwah melalui gambar. Ada ramai juru kamera yang mukmin di luar sana. Antaranya ialah Ustaz Azhar Idrus, sahabat alam maya saya, Pakcik Lutfi yang banyak mempamerkan gambar-gambar di kota suci Mekah, seorang lagi sahabat saya, Ahmad Kamal yang banyak jadikan ahli keluarganya sebagai model. Comel.

Itu saja, manfaatkan camera anda kerana Allah. Salam sayang dari saya!



2 comments:

areMaL said...

:D

Anonymous said...

Saudari,

Yang sebetulnya adalah DSLR = Digital Single-Lens Reflex.

Sekadar berkongsi.