Monday, October 3, 2011

Penggunaan Bahasa

AWAS: Post ini merupakan pandangan saya semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Aku - Kau

Aku - Mung

I - You

Ana - Enta

Cheq - Hang


Dan lain-lain, semuanya membawa maksud yang sama iaitu saya - awak (Kalau salah tolong betulkan, maklumlah saya bukan orang Malaysia)

Namun pada saya setiap perkataan di atas itu ada perlu sesuai dengan keadaan budaya, umur orang dan tempat. Kita perlu pandai menyesuaikan diri kerana ia akan menunjukkan bagaimana kita pandai menyesuaikan diri dengan orang.

Contoh pertama:

Orang bandar masuk kampung. Katakanlah masuk Kelate kawasan pedalaman yang orang cakap Kelate pekat gila. Anda pergi sana, muka sangat Asian dan anda adalah seorang Malaysian dan cakap, "How much for this one? I rasa very nice." yang layan pula makcik kampung umur 60 tahun.

Agak-agaknya makcik tu faham tak? Dan ada kemungkinan daripada perkataan anda cakap itu menunjukkan anda begitu jauh dengannya sekali.

Contoh ke dua:

Anda masuk dalam golongan anak-anak remaja yang sedikit nakal. Anda masuk kepada mereka dan kata, "Ana rasa enti/ enta patut pergi baca buku."

Sekiranya saya, saya rasa tak selesa. Sebab saya bukan dari golongan orang yang cakap macam tu. Sebab saya juga nakal. Saya lebih suka kata,

[Situasi kampung] "Mung g la baco buku"

Atau

[Situasi bandar] "Eh beb, jom ah g baca buku"

Ketika saya kerja, saya suka sangat bila customer Cina atau India cuba cakap bahasa Melayu. Lagi-lagi kalau mereka cuba cakap bahasa Melayu baku. Alahai, comel. Ini menunjukkan mereka cuba rendahkan diri supaya orang tersebut rasa selesa.

Bila kita nak menyampaikan sesuatu, kita inginkan orang dengar dan faham kita bukan?

Kuncinya ialah gunakan bahasa yang sesuai, yang boleh buat orang rasa selesa.

Ya, selesa!

Tengok pada peringkat umur, level education mereka, budaya, bahasa yang digunakan, pekerjaan dan lain-lain.

Apa yang penting, buang jauh-jauh rasa ego anda.

Mungkin anda adalah seorang yang duduk kat bandar, tapi tiada salah sekiranya anda berusaha gunakan bahasa orang kampung. Percayalah, mereka akan lebih suka.

Selamat maju jaya. Salam ceria

5 comments:

Anonymous said...

Salam,
Kata sapaan - hai, hei, bro, beb dll. kata ganti nama diri - aku, awak, kamu, engkau, lu, u dll. digunakan mengikut kelompok dan status sosial. remaja sapaannya begini, dewasa begitu pula. kemesraan hubungan wujud dengan sapaan, sama ada keras atau lembut. di mana tempat berpijaknya kita, di situlah lembut keras bahasanya difahami. seorang anak berbangsa iban (di sarawak) membahasakan dirinya 'aku' dengan gurunya, dan gurunya pula adalah 'kamu'. kalau di semenanjung, anggapannya murid itu tidak beradab - tapi ia perkara biasa. adab berbahasa juga ditentukan oleh persekitaran budaya, ruang lingkup resam dan perlu difahami bahawa 'tidak semuanya salah, cuma kita berbeza'. bahasa menunjukkan bangsa.Islam mengajar adab. berbahasalah dengan baik...

Anonymous said...

Neem, demo dok buak gapo lo ni?

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

jauh perjalanan... byk pengalaman..

Anonymous said...

salam saya ada baca mengenai fund raising banjir thailand, tapi cari balik entri dah tak jumpa. saya ada bank in RM50 into ur maybank acc semalam. hope dapat disampaikan pada mereka yang memerlukan. wassalam.

-hamba Allah-

Tasneem Sayorwan said...

Terima kasih, hamba Allah. Pada mulanya saya macam lemah semangat utk buat perkara ni tapi since ayah saya minta tolong juga maka saya publishkan semula entry di atas.

Semoga Allah membalas jasa baik saudara. Ameen.