Sebelum makan, saya berdoa
"Ya Allah! Berkatilah nasi kami, ikan masak lemak kami, berkatilah sayur-sayur kami dan berkatilah air kami! Ameen"
Seorang kakak mencelah, "Dan berkatilah orang yang masak ini!"
Seorang lagi mencelah, "Dan berkatilah mereka yang belanja kami...!"
Ameen.
Masya Allah. Orang buat baik dibalas dengan doa. Semoga semuanya berkat.
Kat office saya ni, hari-hari makan free. Dan orang yang masak untuk kami selalunya akan masak lebih. Boleh dikatakan beliau memang bagi orang makan. Walaupun kami ada "limited budget". Limited mana pun lauk tetap banyak, macam biasa.
Dan makannya memang sedap. Fresh. Belum ada lagi kami frust dengan masakan dia. Alhamdulillah. Selalunya kami akan puji-puji sebab sedap dan tak kedekut.
*********************
Kalau makanan yang tak ok pula macam mana?
"Tak sedap la."
"Tak fresh. Frust gila lah makan kat ini."
"Haih! Main masak cincang-cincang je. This is the first and the last time!"
Macam-macam kena kutuk pula. Dan akhirnya tak ramai yang akan makan.
*********************
Ramai yang business kerana Allah dan juga ramai kerana semata-mata nak keuntungan tanpa sedar seandainya berbusiness untuk orang, untuk selesaikan masalah orang, untuk beribadat, barangnya halal, bersih, tak terlalu mahal, ikut kesusuaian modal kita dan ikhlas itu hasilnya tidak sama dengan perniagaan yang mengaut untung semata-mata.
Tanpa kita sedar, seandainya business itu baik kita akan dapat:
1. Doa yang baik dari pelanggan
2. Pelanggan tak hilang
3. Perniagaan diberkati
4. Orang puas hati
5. Rezeki semakin bertambah
*********************
Tapi apa-apa pun, sekiranya makan elakkanlah kita dari mengutuk makanan tersebut. Senyap saja sekiranya tak sedap.
Apa-apa pun, berusahalah kita untuk mendapatkan keberkatan. Untungnya bukan hanya dunia, tapi juga akhirat.
Semoga ini dapat mengingatkan diri saya dan juga sahabat-sahabat.
Jangan lupa berdoa. Berdoalah selalu. Doa itu senjata bagi orang-orang yang beriman.
With love.
0 comments:
Post a Comment